:: NEuroNS THougHT::: {BAB 2}

Sunday 13 January 2013

{BAB 2}

                                  BANTAL dan tilam asrama yang disediakan terasa begitu lembut . Aida yang pada mulanya ingin melelapkan mata untuk seketika sudah dibuai mimpi selama satu jam . Dayah pula turun ke bilik study asrama untuk mengulangkaji pelajaran sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang masih terbengkalai. 

                                  "Dayah , Aida mana ? Aku nak minta tolong dia ajarkan subjek bio ni . Esok ada presentation." tegur Syahirah tatkala ternampak Dayah tanpa Aida di sisi .

                                  "Kau ni , macam tak kenal aje dengan Aida tu . Pantang nampak katil , pasti terlena sampai pagi punya . Pergilah kejut dia . Dia kata nak tidur sekejap saja . Esok pagi mengamuk pula kalau tiada yang mengejut." jawab Dayah yang sudah lali dengan perangai Aida yang susah untuk dikejutkan apabila sudah tidur.

                                  "Untung Aida tu pandai , sebab tu lah dia boleh tidur lena sementara orang lain bertungkus-lumus study . Nantilah aku kejutkan dia." Syahirah menjawab dengan nada yang lemah . Malas rasanya untuk pergi ke dorm Aida yang terletak di tingkat atas . Tapi , harus digagahkan jua untuk mendapatkan tips-tips daripada Aida agar presentationnya dapat berjalan lancar . Dia pun bukannnya faham sangat tentang subtopik yang harus dibentangkan nanti .

                                  Betul kata Dayah . Aida tidur mati ! Setelah sepuluh minit dikejutkan , barulah Aida tersedar . Aida bingkas bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Syahirah . Mujur Syahirah mengejutkannnya , jika tidak pasti masanya akan terbuang begitu sahaja .

                                  Menjadi lumrah kepada pelajar asrama terutama bagi mereka yang bakal menghadapi peperiksaan untuk bangun ulangkaji pada waktu malam . Semakin menghampiri musim peperiksaan , semakin ramailah yang membanjiri bilik study . Segelintir mereka sanggup berjaga hingga jam tiga pagi . Ada juga yang bangun awal pada jam lima pagi mengikut keselesaan . Tidak ketinggalan untuk melakukan qiamullail berjemaah . Tidak enak rasanya sanggup berjaga malam untuk mengejar nikmat dunia sahaja walhal akhirat yang perlu diutamakan.

                                  "Ha , ini aku buatkan nescafe untuk kau sebab dah kejutkan aku." ujar Aida seraya menghulurkan mug kepada Syahirah .

                                  Bagi Aida , tanpa minuman nescafe ini , pasti matanya tidak mampu untuk berjaga dan mungkin akan menyambung tidur semula . Aida juga sedar bahawa tidak elok minum nescafe selalu . Dia juga baru sahaja berjinak-jinak dan tidak akan minum sekiranya tidak terlalu mengantuk . 

                                 Aida menerangkan kembali tajuk enzyme yang bakal dibentangkan Syahirah . Tajuk tingkatan empat barangkali sudah pudar dari ingatan . Sedikit sebanyak apabila Aida menerangkan kepada Syahirah , menguntungkan dirinya agar lebih mengingati tajuk ini . Ulangkaji dimulakan dengan doa yang dibaca Aida agar pembelajaran mereka diberkati dan kekal di dalam ingatan . Aamin .

                                 "Ok , fungsi enzyme adalah untuk speed up reaction . Ciri-ciri enzyme ada banyak . Antaranya , sensitive with temperature and pH . Optimum temperature for enzyme is 37 degree . Time ini , enzyme akan berfungsi paling optimum . Bila suhu terlalu rendah atau tunggi , enzyme tidak dapat berfungsi dengan baik . Misalnya , apabila suhu mencecah 60 degree Celcius , enzyme akan denatured . pH tertentu juga penting untuk enzyme berfungsi . Sebagai contoh , pH 2 untuk enzyme pepsin yang ada dalam perut kita . Seperti yang kita tahu , pH 2 merupakan acidic . Sebab tulah , kita tidak boleh membiarkan perut kita kosong kerana hydrochloric acid dalam perut kita akan menghakis kulit perut ."

                                 "Oh , sebab tu lah kita sakit gastrik ye ?" celah Syahirah yang memahami penerangan Aida .

                                 Aida menerangkan kesulruhan tajuk enzyme dengan penuh gaya agar mudah difahami . Aini dan Nina yang duduk berhampiran mereka juga seakan-akan tertarik untuk mendengar sekali kerana gaya penyampaian Aida yang cukup bersahaja dan diselitkan lawak jenaka serta mimik muka yang menghiburkan hati . Aida tahu cara begini akan mengelakkan mereka dari rasa mengantuk . Dia juga akan memastikan sesiapa yang mendengar dapat mengulanginya semula agar dapat menerangkan kepada orang lain pula . Sesi teka-meneka juga membuatkan rakan-rakannya akan berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab . Aida sangat berharap apa yang diberikan dapat dimanfaatkan mereka terutamanya dalam peperiksaan . Dalam hatinya , dia berdoa agar kecemerlangan dapat diraih merek bersama . Insya Allah...

No comments: