:: NEuroNS THougHT::: [ lesen ]

Sunday, 10 March 2013

[ lesen ]

kalau kite usha blog blog spm leavers , memang tak sah lah kalau takde cerita pasal lesen , kerja dan apa apa lah yang kami ni buat sepanjang cuti tiga bulan ni .

Ayat ayat yang biasa di update:

"Penatnyee balik kerja , esok nak pergi kerja balik"
"Aku kerja shift malam laa.."
"Yayy! esok dah dapat gaji,,"

"Aku failed part bukit.. sedih :'( "
"Esok test jpj , doakan kite ehhh ?"

"Koy buat pavlova harini !"
"emm, nak cuba resepi apa lagi nihh ?"

Hahahah. itulah ayat ayat yang tak lari daripada kami nihh . Tak kurang juga yang duduk rumah makan + tidur jee *perli diri sendiri*

Mula mula, masa habis spm time bulan 12 , i didn't expect pun nak ambil lesen cause bajet macam tak mengizinkan . But , mostly my friends dah ramai yang pergi driving class . Jealous juga , tapi tak kesah sangat puun .

Awal bulan  jan , suddenly umi pergi daftarkan nama kite dekat office IKMAS untuk ambil lesen kereta jee :p yelaa, kalau ambil motor, bukannye selalu bawa . Takut lagipun sebab motor macam bahaya n terdedah . Setakat bawa area taman perumahan ni bolehlaa..

Then, pergi kursus KPP pastu test comp . Alhamdulillah , lulus cukup cukup makan . pun bolehlaa . Mana taknye , study pun last minit . One of my friends, Atiqah dapat fullmark tau . Congrates dear !

Start driving class pun lambat . Lepas chinese new year baru belajar . Nasib baikdah reti bawa sikit sikit . Ayah ngan adik yang ajar . Adik kite Fahmy tu memang dah pro pun . Siap boleh bawa sampai Nilai . Memang hebat . Tapi dia baru Form3 . Hehe^^

Mostly yang belajar sekali chinese . So, setiap kali pergi class, kadang kadang senyap jee . Tade modal nak borak apa ngan diorang . Diorang pun borak sesama sendiri dalam bahasa mereka . Kite kat sini mana lah faham -.-

So, uncle kata kita dah boleh test 7 Mac . huh ! debar debar lak rasa . Nak dekat dekat test tu , baru jumpa ramai malay . girl . sebaya . waah . bersyukur sangat ! Ada lah teman bergosip :p memang diorang ni happening gila . Best sangat dapat kenal . Lepas tu, tiap2 hari kitorang akan jumpa n lepaking kat kantin tuu .



Dah lama lama belajar, tiba tiba sangkut part bukit . bukan apa . Kereta kancil buruk tu , handbrake dia , keraihh nak mampuihh . takyah cakap lahh -.- siap melecet lagi tangan kite ni . hehe . belajar kete pun boleh luka luka . kadang2 kena tarik handbrake tu dua tangan . Jeles gak tengok oramg yamg belajar naik viva . Dahlah kereta baru . Aircond lagi . Kite ni , tiap kali drive , mesti berpeluh peluhh .

Orait . Hari khamis=7 Mac . Awal gila gerak dari rumah . Pagi tu ada train beberapa round . Dah rasa cuak dah ni . Dapat borang , tengok2 Sesi 2, num 74 . alahai , lambat lagi lah jawabnye . orang memang ramai lahh . Nak tunggu turn lagi .

So, dalam pukul 12 baru dapat test litar . Tu pun nasib baik . Num 38 tade, so ganti turn dia lahh . 74 ke 38 . haha . jauh tuu . nasib baik , kalau tak kena tunggu lagi laahh .

Alhamdulillah, test litar lulus . Memang menggeletar lah kaki kan nak tekan clutch, minyak bagaii . lepastu, rehat sampai kul 2.15 . Kitorang tatau nak solat kat mana . Kat dalam tempat tu , memang ada surau, tapi tade kipas dan sempit . Nak ambil wudhu' pun kena pergi toilet yang jauhh nuun .

Then , kitorang pun decide nak solat kat surau luar . Walaupun tak sure yang surau tu dah boleh guna o belum sebab tengah renovate . Kena jalan kaki sikit . Penat tapi enjoy laa .

Dah sampai kat surau tu, memang sah sah belum boleh guna . Hayya , penat dah jalan ni . Nampak lak Taski Abim kat sebelah sekolah tu . Kitorang pun mencuba nasib , try lah tanya cikgu kat situ . Nak tumpang solat . Memang tebal muka wehh . Naseb baek kitorang tak ramai . 5 orang je . Yang lain tanak ikuut.

Memang bes solat kat situ . Dengan ada budak budak yang berlari sana sini riang gembira . haha . Kitorang pun balik . Bersedia untuk menunggu sambil duduk bersila atas simen . Yela, kerusi semua dah kena rembat . Lama wehh tunggu . Pukul 5 , baru kite dapat pegang stereng kereta tuu . Hayyaa . Nasib baik la dapat kereta kancil :)

On th road, memang banyak gila kesalahan . Siap boleh lupa2 lagi mende yang senang . alahai . apalah dosa akuu T__T Cuak gak takut pegawai jpj tu marah . Tapi, dia seriously baiiiiik sangaaaat ! Dari awal jalan, sampaii habis , kitorang asyik borak jee . Pastu, dia gurau yang kite failed . Tengok tengok form tu, rupanya 18/20 . Memang tak expect langsung ! ingatkan dah failed . Waaah . bersyukur gila . Memang takkan lupa jpj tu setiap kali drive . Alhamdulillah~

Alea, Ain, Aten , Wani , Najwa , Yana, Atul , Nurin , dan kite  . Ni semua kawan baru a.k.a geng gosip . Memang bising lah kalau kitorang gather ramai ramai . Alhamdulillah, semuanya luluss .

So, big thanks to Uncle Chong dan pegawai jpj yang banyak membantu . Saya dah dapat lesen . yayyyy!


6 comments:

Nana Liena said...

congrats dah dapat lesen..me dah 21 tak pandai lagi bawa moto o kereta..ahaha.. malu ja..

fathin nadia said...

ahaa, thank u dear . ada je yang dah kawin baru ambil lesen . belajar laa, nanti senang nak jalan . hehe

fathin nadia said...

terima kasih kak yaya^^

Anonymous said...

wahhh congrats ! Tumpang gembira . kita ni pun lambat lagi nak test . takut

fathin nadia said...

thank u . gudluck . buat cool je ehh . doa dapat jpj yang baik jugaa :)