:: NEuroNS THougHT::: syoknya Sabtu Ahad !

Saturday 22 June 2013

syoknya Sabtu Ahad !

hmm, penatnya hari ni .
bangun pagi pagi lagi dah terasa mata berpinar pinar , kepala berdenyut denyut . maklumlaa, sekarangkan musim jerebu . ramai yang tak sihat kan . sakit tekak la, demam laa . sabar yeee . sakit itu kan penghapus dosa.

so, entry ni nak cerita pasal program yang YPM (Yayasan Pelajaran Mara) anjurkan . program dengan student2 dari jepun. around 30 orang jugak lah yang datang.

dalam pukul 9.30 diorang sampai . program pun di mulakan dengan diorang punya persembahan. persembahan kendou, dance, nyanyian, and macam2 lagi la..

Then, nihonjin (orang jepun) tu semua macam buat booth la nak bagi kitorang tengok apa yang diorang buat. ada booth anime, diorang lukis2 gambar komik2 tuu, booth kaligrafi untuk tulis nama ke (penat tunggu giliran tapi tak sempat pun nak tulis nama), booth chopstik yang diorang buat jadikan dia pistol getah(ceknad menang dan dapat hadiah . yayy! ) lastly, booth origami,biasa la orang jepun tak sah kalau tade origami kan..

bersama pemenang chopstick :)

lepastu pulak, kitorang ade aktiviti outdoor, main softball, lempar cakera, dengan lagi satu tak sure main apa sebab budak laki je main, macam main kejar2 pun ada sekali tengok. bebudak pompan ni pulak melolong je la tengok sebab tak dapat main . haa, sapa suh hampa ayu sangat pi pakai baju kurung. hahahha. tapi ada jugak yang ketegaq pi main sekali. layanlaaa~

program  habis dalam pukul 12. ceknad pula ada jemputan kenduri kawen. komfem2 nak pegi kan. makan free kot, sapa sanggup tolak.

lepas zohor tu,ceknad dengan hanna,my roommate pergi la naik bas ke tesco,sebab kenduri tu buat dekat dewan area2 situ. erkkk, ade ke orang pergi kenduri naik bas? hahhaha. dengan tourguide piqa kecik, kitorang pun sampai la kat dewan dalam balai polis semenyih yang besar gilaak tu,,jauh wehh nak sampai. jalan kaki tuu. disebabkan tak larat sangat, dengan bermuka tembok, kami tahan je sesapa yang otw nak ke dewan tuu, dapat la jugak naik mercedes mewah sampai dewan tuu. terima kasih pakcik makcik yang tak dikenali, huhuuu. maluunyaa~

sampai je sana, mestilah kena salam tuan rumah kan. actually, ni kenduri ecah punya kakak yang sulung. so, disebabkan sofea jane ramai yang dah sambung belajar jauh2, ceknad dengan piqa kecik je la yang dapat hadir mewakilkan diri.

selepas melantak bermacam macam makanan yang ada, yelaa nak kenyang sampai malam kan, lepas tu kitorang pun bergambar sakan laa. gambarnya tak di upload lagi, so nantikan kemunculannyaaa .zaassss


then, hari ahad pulak, kitorang pergi Sg. tekala dengan senpai (senior) bermandi manda dan bersuka ria sambil melihat keindahan alam. Subhanallah...

2 comments:

Miszyuyu said...

hai sy datang dari contest http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html .. jom join!

Unknown said...

seronoknya baca..hehe.. booth origami menarik perhatian kita..hehe.. erk.. tak apa la nad jadi orang pertama yang naik bus pi kenduri..haha