:: NEuroNS THougHT::: aku garang ?

Tuesday, 12 November 2013

aku garang ?

Garang .
Pelik pula bunyinya kalau ditaip. tapi lately, sejak masuk JAD , ramai orang plus member2 kata aku garang. Garang sangat ke aku? Kalau dulu, time upper form, budak lelaki je ingat aku garang. Tapi sekarang, budak perempuan pun dah cakap aku garang. Ishhhh, macam bahaya jeee.

Bahaya ke jadi garang ? Garang ni sebenarnya baik ke tak? aku buat2 garang ke, memang dah jadi sifat aku yang baru ? aaargghhh! kecelaruann identiti di situ yeee (-_-)

Maybe atas faktor2 suara aku yang kuat lagi nyaring berserta kelantangan tidak ketinggalan pitching yang tinggi tu kot. Membuatkan rakan-rakan menganggap aku sedang marah. Padahal, bagi aku, aku bercakap seperti berbisik. Errkk??

Rilek lah brader, aku memang macam tu. Rasa bahagia bila dapat bercakap dengan suara yang kuat. Baru feel. Bukannya aku sengaja tinggikan suara or tengking tengking korang. Okay?

Dan aku akui la jugak yang ada certain time garang itu perlu. Bukan garang yang marah marah tak tentu pasal tapi more to TEGAS lah. Aku belajar jadi tegas ni pun dari seorang teman rapat, Athirah Dzulkifli.

"Atyn, kalau kau tak suka, cakap je dengan diorang tu, kalau marah lembut-lembut, bukan diorang dengar. Cuba tegas sikit. Jangan bagi orang pijak kepala kita"

Haaa, tu diaa . Ayat sentap. Tapi, betul juga kata dia. Kita kena ada pendirian dan prinsip. Tegas pada benda yang kita nak pertahankan. Dan itulah yang aku buat kat sini sampai diorang kata aku garang. Maybe aku tegas berkenaan hal hal kebersihan bilik kot. Aku pantang orang masuk bilik aku buat sepah. Dah makan tak gheti nak basuh. Main tinggal je. Kalau bilik sendiri takpelah jugak. Ni bilik orang kot. Give some respect lah. Ni semua common sense yang perlu ada dalam diri setiap individu Malaysia. Moral letak mana . Perghhhh, aku membebel ke ??? krik......

Dan perangai 'garang' aku semakin disedari oleh budak lelaki. Lebih2 lagi time practice drama. Haa, drama? taktahu ke aku ada buat drama for English Hour? Haihh, aku memang nak sangat post pasal drama tu, tapi kekangan masa yang selalu je buat aku sesak nafas kat sini. Dah sebulan pun berlalu. Tapi seriously nak update jugak. Kenangan kot ! hmm, nantilah yeee...eh, melencong pulaa~

Budak lelaki cakap aku kuat membebel la, buat muka menyampah laaa..Sampai gaduh gaduh setiap kali practice. Ishh, elok ke eh orang pandang aku as 'perempuan garang' ? aku tertanya tanya juga. Yelaa, teringin juga jdi wanita ayu terakhir..tapi tak mampu lak haihhh. Habisla andartu aku kalau semua fikir aku garang. Omaigod Omaigod !

Tapi aku rasa okay je kot garang garang ngan budak lelaki ni. Yela, barula diorang tak menggedik dengan kita. Tak payah la nak rapat rapat sangat. Bukan ada faedah pun. Silap syaitan cucuk jarum kang. Tersangkut pulak kau. Astaghfirullah..

So, sekarang aku kena kurangkan marah aku kat budak perempuan je . Dan tingkatkan kesabaran. Lembutkan sikit suara bila bercakap. In Sha Allah. I'm trying. Don't stress2..heheheee

p/s: aku manja je sebenarnya, orang je taktau,, hehe :p


3 comments:

Nana Liena said...

mungkin orang nampakgarang tpi kita rasa diri kita cuma tegas dan tak nak org ambil kesempatan. :) hehe..suka quote di bwh nu..

Cek Nad said...

@Nana Lienahmm, betul. kena tegas pada tempatnya baru betul^^

hanna nadhirah said...

cecek,,
trending skarang kan kna jadi garang,,
takpe garang biar org takot kita,,
hahahha,,merepek plak aku kan???lalala
imiss you btw,,