:: NEuroNS THougHT::: March 2013

Sunday 31 March 2013

Last day

so, today is the last day for Photo Day Challenge by MeyraJohn
special thanks to her for this challenge 

at least ada jugak bende nak di postkan sambil selit2kan story mory di sebalik photo
kalau tak, memang takde idea lah kan nak buat entry pasai apa . sepanjang bulan mac ni, penuh entry dengan gambar kan ? terima kasih juga kepada pixlr kerana menjadi pengedit gambar2 atyn . penat tau nak edit . banyak pula tu pilihan dia . memang rambang mata lah kan . best jugak sebenarnyaa...

so, lepas ni mungkin atyn akan jarang update , taklah hari2 macam ni , mungkin 2 hari sekali , atau seminggu sekali, atau sebulaaan sekali . hahhaha . itu semua bergantung kepada keadaan dan mood lah yeee...

untuk last day ni, tajuk dia #You again . komfem2 kena letak gambar atyn kan. besaar punyaa . hahah .
have fun~


my town


simple map for those yang nak pergi rumah atyn tapi selalu sesat jalan . hehehe
macam peta orang kawin lak . nvm lahh~
tulah pantai bagan lalang a.k.a selat melaka 
selalu boleh nampak kapal-kapal besar , tapi nampak kecik lahhh sebab jauh kann
ada hotel seri mesia *tak pernah stay pun*
dekat ngan f1 *tak pernah pergi jugak*
Klia selalu la pergi dulu sebab ayah kerja sana kan..
hmmm, apa lagi? tu jelahh kodd 
~my town~
 

Saturday 30 March 2013

good

good or bad ?
choose ur path urself !
don't follow others but follow ur hearts
you have ur rights 
believe me...
 

Thursday 28 March 2013

vintage

okayy, teringin lak nak pakai phone case macam ni 
yelaaa, vintage pattern dah macam trend kan
lebih kurang corak tribal jugaa
what say you ?
cantik tak ?

 

Wednesday 27 March 2013

sunset

rumah atyn sememangnya berdekatan dengan pantai
what ? selangor ada pantai ? tak pernah dengar pun ==" 
haa, itulah yang bebudak pantai timur especially budak2 sekolah atyn akan cakap . diorang ni macam tak percaya je . 

"yelaa, ada . Pantai Bagan Lalang nama dia "

korang tau tak ? dekat je ngan rumah atyn . jalan kaki pun boleh . zaman kanak kanak selalu la jalan kaki . sekarang ni dah besar . bukan tua yee . dah malas nak jalan kaki . hehe . selalu naik motor je , takpun kereta . yelaa, ramai bangla dan indon yang kerja kat sini haa . takutla nak jalan kaki . haihh, tempat sendiri puun dah rasa tak aman . kawan2 sekolah rendah dulu pun ramai yang dah pindah :(

kalau pergi pantai selalu dengan kakak n adik je . hari minggu memang ramai orang . semenjak ada Sepang Goldcoast ni . Tapi kalau hari biasa tade orang puun . dan boring jugak sebenarnya . Kalau pagi2 datang besla, boleh hirup udara segar . conteng2 pasir . 

kalau petang pula , boleh tengok sunset yang cantik . Subhanallah...

ni la gambar Sepang Goldcoast . Challet atas air bentuk palm tree



Tuesday 26 March 2013

dreams

people always said
aim for the stars , if u fall at least u reached the sky 
so, this is our dream 
doctor wanna be !
In Shaa Allah...


nine


9 Nyawa . 
cerita ni memang best . novel thriller yang saspens .
Ramlee Awang Murshid sememangnya novellis hebat .
kagum dengan bakat yang dia peroleh .
so, saya suggest to all my readers untuk cuba membaca karya agung beliau ni . serius, tak rugi daripada asyik baca novel jiwang je kan *perli diri sendiri*

dan sinopsis novel ni ada kat SINI , novel2 lain pun ada gak . 
 

Sunday 24 March 2013

flower

cantik tak atyn snap ?
ce teka yang mana satu yang real ?
kiri o kanan ?
bunga ni boleh pakai as brooch kat shawl o tudung bawal biasa
beli kat Jalan Tar
murah je 3 for RM5 
hehe, promote lak 
btw, baanyak lagi accecories yang ada
murah murah pula tuu
memang rambang mata la kan
<3 Jalan Tar :)

Saturday 23 March 2013

sweet

comel tak ?
edited by me~

Friday 22 March 2013

missing


okay , cuba lihat betul betul gambar di sebelah
ada sesuatu yang missing
dah jumpa ?
yes ! satu A is missing
puas cari, tak jumpa
tercicirkah ?
takpelah, saya jumpa b+
rezeki Allah bagi
siapa lah kita untuk persoalkan
say what ?
say Alhamdulillah :)

 Bergembiralah kalian dengan peluang itu,
peluang untuk bertemankan ilmu,
biarlah SPM itu menjadi antaranya tapi bukan yang pertamanya,
ingat, ilmu itu tidak pernah membongkakkan ,
moga sama-sama tidak jatuh tersembam di lembah ilmu kefasadan yang penuh kekeliruan..
Ayuh terus mara bersemangat untuk menimba, menuntut ilmu ..
Moga ilmu benar meningkatkan iman jiwa seorang hamba..

love


this love is true love~

Wednesday 20 March 2013

BFF

semua orang sure tahu kan apa BFF 
mungkin umi taktahu la kott 
ni trend generasi y jee macam atynn :p
BFF itu Best Friend Forever 
dan semestinya semua orang ada BFF rite ?
sahabat yang sentiasa ada bila kita memerlukan
sahabat yang tegur dan nasihat kita bila kita buat salaah
sahabat yag sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan
waa, sedih pula rasanya . tsk..tsk...
dan inilah BFF atyn

Nabilah dan Nabihah
sweet twins eva :)
yang kanan ilah,
 yang sentiasa baik dan caring dengan atyn sampai buat orang lain jeles . wonder y she is being really nice to me  . yela, atyn bukan siapa2 , kenal pun baru 2 years . 
yang kiri ihah
yang sentiasa mengajak atyn lakukan kebaikan , tanpa paksaan , kadang2 dia macam takut2 jugak , taktau kenapa . errr~
perangai diorang ni lebih kurang sama je 
love each other tapi masing2 ego taknak mengaku , comel kan ?
for dua makhluk Allah ni,
atyn nak ucapkan segunuuung terima kasihh 
*segunung pun tak cukup rasanya*
terima kasih sebab sudi berkawan dengan atyn , layan kerenah yang gila2 nihh
jaga atyn time atyn sakit
ingatkan atyn bila atyn terlupa
berikan semangat dan dorongan yang tak terhingga
dan yang paling penting,
terima kasih dekatkan diri atyn dengan Allah 
bersyukur ada kawan macam kamu berdua nii .

bukanlah nak kata yang lain bukan .
 sorry kalau tak letak gambar korang
kalau boleh atyn nak semuaa jadi BFF atyn , seriouslyy
kalau nak list nama memang panjang lah kan . tak masuk group Sofea Jane lagi
tak kisah la kawan ke rakan ke sahabat ke , uolls must treat them nicely tauu

home


haa, comel kan
zaman kanak kanak kann
bila cikgu suruh lukis , kita akan lukis macam ni rite ?
rumah yang mepunyai tingkap petak, ada langsir
ada pokok2 
bukit bukit belakang rumah
matahari di celah2 bukit takpun kat hujung2 ketass
matahari ada muka . hehe
tersenyum je , ada ke orang lukih matahri masam ?
*pemandangan la konon konon*
burung burung huruf v beserta garis kat bawahh
orang lidi , melambangkan jumlah ahli keluarga
dan lain lain yang memnuhkan kertas lukisan 50 sen 
that's all my idea for todayy . ty for reading~

Monday 18 March 2013

memory


17 of March 
the date i was born
n yesterday . sofea jane gimme a surprise 
at burgerking , with baskin robin delicious cake 
walaupun tak semua SJ dapat datang
but then , dinie , kecik , marsha , miza n nazirah really touched me
and i appreciate it damn much
love them till jannah 
this memory i will keep deep in my heart <3 

p/s : siapa baik cepat wish sayaa . hehe :)

first

ehehhe . takde idea sebenarnyaa 
tapi nak bagitahu kamu semua tentang first love .
first love sayakahh ?
haha . nope !
this is thai movie with handsome heroo . shone .
really exciting , funny n sadd ...
unexpected when heroin dia berubah jadi cantikk . 
try it guyss 


candy

inilah gula gula yang atyn suka beli time kicik kicik duluu .
heheee . rasa macam nak kembali ke zaman kanak kanaak . 
gula gula ni semua saaaangat sedaap dan saaaangat murah !
love childhood much~


Friday 15 March 2013

Kasih

#day 15
kasih umi dan ayah tiada tandingan.
sememangnya kita sebagai anak banyak kali buat salah kan . selalu buat parents kecil hati . tapiii, mereka sentiasa memaafkan kita . sobsss...

interview yayasan pelajaran mara JAD

Alhamdulillah..

Bunyi mesej masukk ...Time ni atyn baru je lepas test litar . bukit, parking n 3 pointer . 
Mesej tu tulis.."Tahniahh !!..."

Dalam hati wonder sangat ..
"Aik , sapa pula anta mesej ni ? macam mana ada orang tau aku dah lulus driving test ? pelik pelikk.."
Atyn pun bukak je la text tuu...
Rupa-rupanyaa, "Tahniah, anda telah terpilih untuk temuduga Projek Ijazah Berkembar Jepun (JAD) blablablaaa....."

waaahh . serius laa .. macam mana nak buat ni ekk . Actually , main2 je apply mende ni online , tak sangka lak dapat . Umi pun taktahu . Yela, tau pun dalam fb , group sbp tuu ada bagi link . Lagipun dia tawarkan course engineering jee . Taktahu laaaaa~

Balik je rumah terus cek kat laman web dia . Buat adik2 junior , kalau nak apply kat sini yee, buat rakan satu batch or before dah terlambat la sebab application closed on 5 march . 

Application dia based on trial result . At first , tarikh interview on 16 March but suddenly dia call on Sunday, tarikh diawalkan . 13 March . Alamak , cuaknyeee !

Okay, maklumat di hujung jari kan ? Atyn pun search la pasai interview ni dan jumpa kat beberapa blog tapi tak detail sangat . 

So, sekarang ni nak cerita agar adik adik junior boleh baca nanti . 

Interview dekat Hotel Royale Bintang n Spa , Seremban . 5star tuu..

Start pukul 8.30 . Atyn gerak dari rumah kul 7, sampai nak dekat2 kul 8 . okaylah kan . Memang kami digalakkan datang awal setengah jam . Masa sampai tu, rupa-rupanya dah ada 4 ke 5 orang yang dah menunggu . Alahaii . nervous tak terkata .

8.30 dah start register . diorang semua bawa fail tebal2 . sijil maybe . Atyn bawa fail nipis nak mampuihh . Just bawa sijil yang penting penting for Form4 n Form5 je . Rasa nyesal pun ada , tapi nevermind lah . Ayah eksaited pergi kat kaunter tu . Nasib baik Atyn ni jalan terkedek kedek . Malas nak kejar ayah . Rupanya num yang register tu , ikut giliran for the interview nanti . Fuhh ! Nasib baik tak jadi orang first . Num 3 pun okayyy :)

lepas siap siap register , kitorang kena masuk satu hall ni . Ada 3 sit untuk 1 meja . Atyn prefer duduk tengah sambil berkenalan dengan kawan kawan kat sebelah . Diorang semua pandai pandai kott . Dari Permata Pintar , STF , SMAP Labu . terasa diri ni kerdill sangatt .

Tengah best borak borak , suddenly dia kata tak boleh duduk sit tengah . adoyaii . menyesal pulaa . terpaksa lah tukar tempat dan duduk depaaan sekali . adesss -.-

okay, kami start dengan taklimat ringkas... pastu, ada ujian bertulis . 20 soalan . english, addmath, physics , chemistry , setiap satu subjek 5 soalan . seriously susaah ! memang blank la nak jawab apa kan . nasib baik objektif . boleh gak main tembak . dahla tak boleh guna calculatorr . 30 minit je dia bagi . grrr.. menyesal tak study awal awal . segala formula semua memang dah lupa la kann . buat adik adik junior yang bakal pergi interview ni, buat la revision yeee ...

dalam area pukul 10 pagi , start la sesi interview .. atyn num 3 . sejuk takyah cakaplaah . tangan dah beku haihhh . ada sorang abang ni, orang yang urus2kan mende ni lah . hensem sehh tapi taktau la nama dia apa . yang tak boleh blaa , dia ucap ganbatte ! alahaii, gugur jantung denn . ada jawapan special ke ek nak balas ? atyn balas arigatou jee .

masuk je dalam bilik interview ni kena senyum tau . senyum tu yang mahal tuu .
bagi la salam for muslim kan ?
dua orang je interviewer . sorang laki, sorang perempuan .
dia dah sediakan kerusi, korang jangan pandai pandai nak alih kerusi tu sebab dia memang dah estimate jarak untuk tengok personaliti kita kann .

atyn pun duduklahh sambil letak handbag atas peha . terus panel tu tanya .
"ada apa dalam beg ? emas ke ? lainkali , jangan letak beg atas riba , either letak bawah o tepi "
alamaakk . malunyee . yela , first time pergi interview kann .
so , for those especially girlss ingat yeeee . jangan buat macam atyn ni haaa

okay, soalan first dan famous yang dia tanya :

-kenalkan diri dan cerita sikit pasal diri awak .
okayy, bm rupanya , mati mati ingat fully english . nasib baik tak prepare text , kalau tak sia sia jee . so, atyn pun jawablah nama , tinggal kat mana , sekolahh dan tiba tibaaa blank !
haaaa, dusshh . apa lagi nak cerita ek pasal diri atyn ni . sampai interviewer tu pun kata "lagi ? jangan nervous, rilek jee" maluu lagi sekali . so, prepare lah awal awal yee apa2 yang korang nak cerita pasal diri korang ,,

-apa yang buat awak berminat dengan program ni
 haa, ni kita kena jawab dengan penuh confident tau . yelaaa, kita kena yakinkan di betul betul yang kita memang berminat nak masuk program ni . tapi , atyn jawab simple je . pastu dia kata
"saya tak nampak lah yang awak berminat"
hehe, atyn hanya mampu senyumm .

-kenapa pilih jepun ?
 haa, lately ni banyak watch drama jepun . atyn pun cakaplah yang atyn suka words jepun walaupun tade basic dan teknologi2 jepun yang sememangnya awesome .

-apa yang awak tahu tentang teknologi jepun ?
 haa, kan dah terkonoo den . jawab je la pasal hybrid walau pun baru search dan tak berapa nak tahu sangat . pastu, dia tanya pulaak , apa itu hybrid ? mak aihhh . mano la den tauuu = =' . tapi , dalam interview jangan sesekali jawab taktahu tau ! tibai je laaa walaupun salah .

lepastu, atyn cerita sikit pasal cita cita nak jadi pensyarahh
"...lepas saya tengok akak ex-JAD jadi pensyarah, saya pun bertambah minat......"
at the same time akak tu gelak je sambil kata "eh, akak ?"

atyn pun pelik kenapa dia gelak , habistu nak panggil apa . ke dia suka atyn panggil dia kakak sebab nampak mudaa..

daaan , atyn memang terfikir2 sampai balik . dalam kereta baru terlintass . Ya Allahhh ! patutnya aku panggil Puan . ape punya sengall lahh . patutlah akak eh silap , Puan tu gelakkan macam sinis jee . Hayyyaaaa .

-JAD tu apa ?
dengan kalutnye , atyn terus jawab , jepun association degree . mampuiih la kena gelak lepas tu . nampok benorr salahnyeee...
okayyy, JAD ni stand for Japanese Associate Degree yeee . ingat tuuu

lepastu dia suruh buktikan minat kita on the whiteboard .
cari nilai sin315
alahaiiii. memang failed lahhhh ! atyn conteng2 je kat whiteboard tu sebab tahu dah memang takleh jawab . atleast nampak lah yang kita macam menulis kann . hahahaa . last2 , cakap je yang dah lupaaa -.-

lastly, dia tanya lagi sekali , kalau dapat offer lain dengan offer ni , kamu terima o tolak ? dan apa yang buatkan kamu terima offer ni ?

banyak kali dia tanya benda sama "komfem ke kamu nak terima offer ni kalau dapat offer lain ?"

"dapat ke kamu tahan life kat JAD yang tough ni ? pukul 8 sampai pukul 5 non stop tak sama macam u lain tau "

so, memang kena jawab dengan tersangaaat konfiden supaya diorang percaya dengan kita .
atyn banyak cakap In Shaa Allah . yela, tak berani nak janji apa apa .and dia tekankan maksudnya .
In Shaa Allah = saya berjanji dengan izin Allah
banyak kali jugak lahh dia ingatkann . memang diorang betul betul cari orang yang takkan tolak offer ni .

Last words " Saya harap awak masuk tadi dengan senyuman dan kembali dengan senyuman" cehhh..ayat nak bagi atyn mengharap jee .

keluar je, abang handsome tu tanya macam mana . okay tak ? atyn suruh dia doakan jee  *gedik

then, rasa nak balik teruss . taknak lah duk situ lama lama haihhh .tiba tiba abang handsome panggil lagi sekali . dia tanya lagi, betul2 minat ke nak masuk program ni ? atyn pun angguk je la . sure tak tolak eh kalau dapat offer ni ? kalau takk , nak masukkan nama nii . sambil tunjuk fon dia . alahaiiii .

tapi seriously, kalau ada rezeki atyn kat sini , atyn tak tolak offer ni . tak tipuu..
tapi sometimes risau gak, yelaa, student lain hebat hebat kaann -.-

so, kita hanya merancang dan Allah sebaik baik perancang....

Lunch

#day 14
makanan hebat orang temerlohhh.
mempersembahkaaan . Gulai Tempoyak Ikan Patin !
haa, sedap tak ? mula2 kita pun tak berapa nak minat sangat , tapi setelah 2 tahun koi(saya) jadi orang temerloh , makanan ni dah jadi favourite . seriously deliciouss . kalau nak makan macam tu je pun bolehhh . kuah dia sedappp weh bila hirupp . 

setiap kali ada event kat sekolah , memang ikan patin akan menjadi hidangan kami semua . kesian juga sesiapa yang tak makan , terpaksa kelaparan , tapi kita untunglahh sebab boleh ambil bahagian diorang . haha, nampak tak berapa kuatnya saya makan . ngee~

taktahu la bila lagi dapat makan ikan patin niii . gambar ni pun masa bulan jan hari tu . datang temerloh sebab melawat kawan masuk hospital . nah ! bagi besar punya gambar . walaupun dah nak dekat habis kitorang makan . tengoklah puas puas sampai terliur ! :p


Thursday 14 March 2013

Photo Day Challenge->day 13

#green
emm, sorry terlambat post
actually, green is my favourite colour . puas cari blogskin warna hijau tapi tak jumpa . sobsss . banyak barang warna hijau . tapi kita paling suka beg ini . schoolbag for 2012 , n for spm ! hehe . member SJ semua pakai beg bodyglove ni, cuma warna lain lain . sweet kan ? ^__^



Tuesday 12 March 2013

Photo Day Challenge->day 12

#flight
waa, bes kan naik flight . kita pernah naik sekali je time kecik molek duluu , tu pun sebab nak balik kampung kat johor tuu .
ingatkan nak letak gambar attention please (japanese drama)
tapi, kali ni rasa macam nak sokong cite melayu lah pulak .
okay, photo kali ni tentang movie terbaru Awan Dania .

jom kita story sinopsis sikit ehh , Dania (Scha) ngan Tania (Elly) kan kawan rapat . Tapi, lama2 hubungan diorang ni jadi renggang sebab Remy (Rusdi Ramli) . So, diorang ni pun bergaduh macam budak kecil dan berusaha menjadi pramugari terbaik sebab nak rebut award . 

Dania berusaha nak dapatkan Remy tapi tak berhasil . Then , dia pi suruh Benjy (Jehan) menyamar jadi bf dia . Nak kasi Si Remy jeless . Benjy ni memang dah lama syiokk kat Dania . So, terus setuju je lahh . 

Tup tup dengaq pula yang Remy nak kawenn ?
alahaaaii . apa dah jadi ? nak tau full movie ? pi wayang la naaa . heheheeehh :p 14 mac ni jangan lupa !

Monday 11 March 2013

" Segmen : Pencarian Bloglist Bulan April & Mei by Cik Anna"


hehe . tuan punya blog ajak kita joinn . harap harap sempat la jadi yang first ekk . 
trima kasih cik anna ! 

Photo Day Challenge->day 11


#beautiful 
Haa, tetiba terlintas la pulak cerita nii . heheh
ni korean drama . Memang bes cerita ni . tak rugi pun tengok . 
Cerita ni tentang heroin menyamar jadi lelaki dan join group penyanyi yang lelaki 4 orang tuu . 
nak tau sebab apa dia menyamar . cepat2 la tengok kayy . hehe .
kalau nak tengok online boleh tengok kat maaduudramacrazy dan mysoju . hehe 
selamat ber k-pop !
 

Follower #100


setelah penat blogwalking.
jeles pula tengok ada certain blog yang direview . 
teringin juga , tapi belum ada rezeki . tape tape .

soo, saya ambil kesempatan ni untuk menghargai followers yang baik hati . 
baru 100+ je follower kita . nvm~
 
walaupun baru 100, tapi rasa keterujaan memang tinggi la kan , lagi lagi buat blogger baru macam kita ni haa . baru 3 bulan berblogging . membuatkan rasa nak berblog ni lagi bertambah tambah . 

for the first time review blog orang ni . so, kamu kamu semua haruslah rajinkan diri singgah blog dia yee . blog dia comey dan kemas .pinky gituu . peminat kpop . annyeong and kamsahamnida  EdDynNa ! ni profile dia ...

 "Welcome to Contengan Orlando :B.kat sini tempat aku luah semua bende . i'm a Kpop Fanz ! suka makan ! suka tweeting ! suka purpleblue color ! suka DIA ! suka-suka :B"

 
okay, klik sini eh untuk serbu blog budak omeyy ni -->contenganvampire

Sunday 10 March 2013

Photo Day Challenge->day 10

#button
actually nak buat button for blog . tapi macam tak sempat pulaa .
so, rajinkan diri snap pic button button yang terpilih dari simpanan koleksi ni haa .
ada yang member bagi, ada button kelas, button form n button sekolah .


[ lesen ]

kalau kite usha blog blog spm leavers , memang tak sah lah kalau takde cerita pasal lesen , kerja dan apa apa lah yang kami ni buat sepanjang cuti tiga bulan ni .

Ayat ayat yang biasa di update:

"Penatnyee balik kerja , esok nak pergi kerja balik"
"Aku kerja shift malam laa.."
"Yayy! esok dah dapat gaji,,"

"Aku failed part bukit.. sedih :'( "
"Esok test jpj , doakan kite ehhh ?"

"Koy buat pavlova harini !"
"emm, nak cuba resepi apa lagi nihh ?"

Hahahah. itulah ayat ayat yang tak lari daripada kami nihh . Tak kurang juga yang duduk rumah makan + tidur jee *perli diri sendiri*

Mula mula, masa habis spm time bulan 12 , i didn't expect pun nak ambil lesen cause bajet macam tak mengizinkan . But , mostly my friends dah ramai yang pergi driving class . Jealous juga , tapi tak kesah sangat puun .

Awal bulan  jan , suddenly umi pergi daftarkan nama kite dekat office IKMAS untuk ambil lesen kereta jee :p yelaa, kalau ambil motor, bukannye selalu bawa . Takut lagipun sebab motor macam bahaya n terdedah . Setakat bawa area taman perumahan ni bolehlaa..

Then, pergi kursus KPP pastu test comp . Alhamdulillah , lulus cukup cukup makan . pun bolehlaa . Mana taknye , study pun last minit . One of my friends, Atiqah dapat fullmark tau . Congrates dear !

Start driving class pun lambat . Lepas chinese new year baru belajar . Nasib baikdah reti bawa sikit sikit . Ayah ngan adik yang ajar . Adik kite Fahmy tu memang dah pro pun . Siap boleh bawa sampai Nilai . Memang hebat . Tapi dia baru Form3 . Hehe^^

Mostly yang belajar sekali chinese . So, setiap kali pergi class, kadang kadang senyap jee . Tade modal nak borak apa ngan diorang . Diorang pun borak sesama sendiri dalam bahasa mereka . Kite kat sini mana lah faham -.-

So, uncle kata kita dah boleh test 7 Mac . huh ! debar debar lak rasa . Nak dekat dekat test tu , baru jumpa ramai malay . girl . sebaya . waah . bersyukur sangat ! Ada lah teman bergosip :p memang diorang ni happening gila . Best sangat dapat kenal . Lepas tu, tiap2 hari kitorang akan jumpa n lepaking kat kantin tuu .



Dah lama lama belajar, tiba tiba sangkut part bukit . bukan apa . Kereta kancil buruk tu , handbrake dia , keraihh nak mampuihh . takyah cakap lahh -.- siap melecet lagi tangan kite ni . hehe . belajar kete pun boleh luka luka . kadang2 kena tarik handbrake tu dua tangan . Jeles gak tengok oramg yamg belajar naik viva . Dahlah kereta baru . Aircond lagi . Kite ni , tiap kali drive , mesti berpeluh peluhh .

Orait . Hari khamis=7 Mac . Awal gila gerak dari rumah . Pagi tu ada train beberapa round . Dah rasa cuak dah ni . Dapat borang , tengok2 Sesi 2, num 74 . alahai , lambat lagi lah jawabnye . orang memang ramai lahh . Nak tunggu turn lagi .

So, dalam pukul 12 baru dapat test litar . Tu pun nasib baik . Num 38 tade, so ganti turn dia lahh . 74 ke 38 . haha . jauh tuu . nasib baik , kalau tak kena tunggu lagi laahh .

Alhamdulillah, test litar lulus . Memang menggeletar lah kaki kan nak tekan clutch, minyak bagaii . lepastu, rehat sampai kul 2.15 . Kitorang tatau nak solat kat mana . Kat dalam tempat tu , memang ada surau, tapi tade kipas dan sempit . Nak ambil wudhu' pun kena pergi toilet yang jauhh nuun .

Then , kitorang pun decide nak solat kat surau luar . Walaupun tak sure yang surau tu dah boleh guna o belum sebab tengah renovate . Kena jalan kaki sikit . Penat tapi enjoy laa .

Dah sampai kat surau tu, memang sah sah belum boleh guna . Hayya , penat dah jalan ni . Nampak lak Taski Abim kat sebelah sekolah tu . Kitorang pun mencuba nasib , try lah tanya cikgu kat situ . Nak tumpang solat . Memang tebal muka wehh . Naseb baek kitorang tak ramai . 5 orang je . Yang lain tanak ikuut.

Memang bes solat kat situ . Dengan ada budak budak yang berlari sana sini riang gembira . haha . Kitorang pun balik . Bersedia untuk menunggu sambil duduk bersila atas simen . Yela, kerusi semua dah kena rembat . Lama wehh tunggu . Pukul 5 , baru kite dapat pegang stereng kereta tuu . Hayyaa . Nasib baik la dapat kereta kancil :)

On th road, memang banyak gila kesalahan . Siap boleh lupa2 lagi mende yang senang . alahai . apalah dosa akuu T__T Cuak gak takut pegawai jpj tu marah . Tapi, dia seriously baiiiiik sangaaaat ! Dari awal jalan, sampaii habis , kitorang asyik borak jee . Pastu, dia gurau yang kite failed . Tengok tengok form tu, rupanya 18/20 . Memang tak expect langsung ! ingatkan dah failed . Waaah . bersyukur gila . Memang takkan lupa jpj tu setiap kali drive . Alhamdulillah~

Alea, Ain, Aten , Wani , Najwa , Yana, Atul , Nurin , dan kite  . Ni semua kawan baru a.k.a geng gosip . Memang bising lah kalau kitorang gather ramai ramai . Alhamdulillah, semuanya luluss .

So, big thanks to Uncle Chong dan pegawai jpj yang banyak membantu . Saya dah dapat lesen . yayyyy!


Saturday 9 March 2013

Segmen: Tambah follower dengan pantas!!* tanpa blogwalking*


click this banner guys !
enjoy bersegmen yee^^

Photo Day Challenge->day 9


make sure ur days always be good readers !

Friday 8 March 2013

Photo Day Challenge->day 8

#Missing
another word yang i confuse . either rindu atau hilang . haihhh
but then, i remembered a thing that i really miss n now it was missing from my sight . sigh~


act, this pic is already uploaded in my past post . wanna know the whole story ?
click thiss--> [ watch ]

Segment : Lick Exchange (AFFIE) by #SelaluLalu


Meyra ajak kita join . Kita ajak awak semua yang baca join . okayyy ?
hehe . Hadiah forever tau uolls :p

Thursday 7 March 2013

Photo Day Challenge->day 7


#Food
okay, ini gambar puding karamel made by me .
act, terlebih manis sikit *macam orangnya*
tersangatlah senang nak buatnyaa . tak sampai sengah jam pun . nak resepi ?

Resepi Puding Karamel
      
Bahan A :
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sb esen vanilla
  • 1/2 cawan gula
  • 150 ml air 
Karamel :
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan air
Cara-cara:
  1. Mula mula, masak karamel . panaskan gula sampai perang, pastu letak air (sentiasa kacau tau)
  2. Kacau semua bahan A dalam mangkuk lain sementara buat karamel tu . jangan sampai buih sangat.
  3.  Pastu, masukkan karamel dalam loyang . sekali dengan bahan A . then, kukus jee :)
  4. SIAP !

Segmen : Doakan Budak Lepasan SPM 2012

kalau tak salah kita kira . kita termasuk 5 blogger terawal join segmen ni . yang kelima . that's mean terakhir lah .

so, sama sama lah kita berdoa result spm 2012 gempak2 semuanyaa.
doakan kita dpat straight A's yeee . Aamiin ~

saya tag 1, 2, 3

Wednesday 6 March 2013

Photo Day Challenge->day 6

#Letter
mula mula puas gak pikir, letter means surat o huruf . siap google translate lagi tau . haha . jangan gelakkan . pastu , ikut sesedap rasa dan idea yang tetiba muncul . tadaaa . inilah hasilnyaa..


okay. serious kita memang ikut sesedap rasa . haa, inilah surat surat yang dikumpul sejak sekolah . budak budak memang macam ni . So, dengan kekreatifan yang ada dalam diri , kitorang lipat lipat la jadi comel . Kitorang memang selalu main tulis tulis surat . haih . macam orang zaman dulu pula :p 

Kitorang akan bagi surat ni time ada member nak pindah ke, time tengah gaduh ke . takpun wish gudluck pereksa , kalau tak sempat bagi kad . Kad pun ada kitorang buat . lagi lagi kad raya buat yang duk hostel ni , memang semuanya homemade lah kan . Tapi, lagi suka bagi surat , boleh curahkan semua sampai melimpah ruah , nak nak time tengah tacink . hehe^^

Maybe , ada yang dah tau cara ni . Tapi, buat yang belum tahu. bolehlah cuba . Kalau nak bagi member . Kalau nak bagi gf or bf korang better buat bentuk love je . Origami love pun kita reti jugak tau :) Nak suh ajar ke ?

Kalau tengok gambar rasanya korang akan faham kott . Tapi, ini dia step serba ringkas mengikut gambar :

1. mestilah ada sepucuk surat . pastu, lipatkan segi tiga macam dalam gambar.
2. ambil hujung kiri ,lipat ke kanan.
3. terbalikkan dia . means jangan nampak lipatan tu lah.
4. lipat hujung bawah (agak agak je besar dia)
5. lipat lagi sekali . 
6. haa, nampak kan macam ada lipatan tuu. pastu masukkan bucu atas tu dalam lipatan tu .
SIAP ! korang bolehla hias hias and tulis recipient atas tu .

faham tak ? kalau tak faham , jangan malu malu tanya :)

p/s: sekali lagi entry yang panjang lebar siap tutorial bagai untuk photo day challenge . harap maaf -.-

Tuesday 5 March 2013

Photo Day Challenge->day5

#header
okay ke ek header ni ? tak reti sangat sebenarnya buat header . ni 2nd header la after header blog ni . dan tak berapa gemar sangat letak doodle . tak jumpa lagi doodle yang betul masuk ngan jiwa , cehhh . so, wish me luck for this challenge guys !

[ tawaran ]

akhir bulan Feb , baru tahu senarai MedicMesir dah keluar . Actually,  jumpa mende alah ni dalam fb . Memang kalau jumpa apa apa aku apply je semua . Saja suka suka . Lagipun , kan tengah cuti . Tade kerja nak buat . Mesir ? Aku nak pergi Mesir ke ? Taklahh ! Saja je apply . Mana tahu dapat kan . Tapi kalau dapat pun , mesti tak boleh pergi .

Lagipun, umi dah warning awal awal .

"Atin , nak pergi luar negara ke ?"

Aku tak sempat pun nak jawab lagii . Umi sambung..

"Tak payah lah pergi jauh jauh . Sambung dekat dekat je . USIM ke , sama dengan kakak . Senang . Kalau jauh jauh nanti, susah nak balik . Raya pun tak dapat balik .."

"Yelah mii ," balasku .

Aku pun sememangnya tade hala tuju lagi . Course pun tak sure nak ambil apa . Inikan pula , pilih pilih U bagai . Kalau macam tu . Aku prefer U-mah je laa . hehe^^

So, masa tengah blogwalking . Jumpa satu blog , dia kata senarai dah keluar . Rasa macam nak tengok lak . Mana tahu , nama aku yang sedap ni ada dalam senarai :p 


haa, tu diaaa

Okay, cari punya cari aku pun jumpa .. Al Azhar tu bhai .. Sereh ar ?
Tawaran ni keputusan dia , boleh buat before result spm ataupun after .
So, aku decide nak buat keputusan after dapat result lah kan . Aku pun tak bagitahu umi lagi . 
Tapi ini just tawaran . Belum tentu lagi aku terima atau tak . Rasa macam tak jee . Konfius2 . Surat tawaran akan di e-mail 13 Mac ni .

So, any opinion , or suggestion . do comment yee . I need advices about my future~

Monday 4 March 2013

Photo Day Challenge->day 4





#Terengganu . 
Very the kebetulan . Last year , i pergi Terengganu 2 kali .
First, pergi Tasik Kenyir , in April .
Second time at Marang, in September .
Tapi , these photos collage time pergi tasik kenyir . 





  Kitorang pergi under JAKSA .
Jawatankuasa Sahsiah Asrama as i'm one of them .
Memang every year Jaksa akn buat trip .
Batch sebelum ni pergi kelantan naik keretapi . best kan ?
Tasik Kenyir pun not bad .
Pergi naik feri . Live boleh tengok tasik sebab lantai bot *bot ke feri ek ?* tu macam jaring kan . Air pun terpercik2 .
The best moment when kita mandi with ikan kelah .waah . memang licin badan ikan tu . Geli geleman rasanya . Pergi for 3 days tak silap . Kitorang masuk gua bewah . Gelap . Memang real lah kan . Camping . Tapi malam first kitorang camping . Hujan turun dengan lebatnyaa . Sampai air masuk dalam khemah . Terpaksa lah kitorang bangun dalam pikul 3 pagi tu , packing2 apa yang patut then pergi kat bot . Nasib baik bot tu besar . 2 tingkat . tingkat atas ada bilik n katil . Kitorang pun berhimpit2 laa kat situ . Budak laki duk bawah jee .

So, trip ni untuk merapatkan uhuwah sesame Jaksa dan warden asrama :)
Overall . memang best ! nice experience .

*entry kali ni panjang kan untuk photo day challenge ? hope tak kesah . sambil join challenge ni , boleh jugak ceghite pengalaman . hehe*

Segmen : Review Blog Saya By Zyra Potpet

balik balik je dari driving class . terus buka blog . 
ada orang jerit2 kat shoutbox tuu . hehe .
Zyra ajak kita join segmen dia .
Penganjur dah jemput, takkan nak tolak kott . Rezeki2 :)
okayy, sesiapa nak join . move cursor korang ke banner cute ni then click it .


SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

 
 Follower : 43
haha . walau mata dah kelip kelip macam lampu . tetibe rasa nak join segmen ni lak . esok ada driving class lagi nih .  harap tak tersengguk lah nanti . huhu^^ nak join klik banner eh ?

Sunday 3 March 2013

Photo Day Challenge-->day3


#Hot for today . only a word . what can u describe with it ?

As for me . i didn't want to describe person with this word . People always think about being hot rite ? on twitter , on facebook, and insta also . they do upload their pic with hot pose . hurmm , what for ?! if u will enter the hell which is double triple hot . Nauzubillah . 

And this what i describe with HOT . Hot Hits . As i really like listening music damn much !
And what music is really hot is zikir . hehe
Zikir is the hot hits that make us cool in akhirat soon . In Shaa Allah .

Saturday 2 March 2013

Photo day Challenge->day 2

The title is ART for today ,
but i wasn't really sure either kita boleh amik lam google o tak .
mula2 , i cari je lam incik google .
memang banyak la kan art2 dia . siap 3d bagai
but fikir2 balik , macam tak sure nak buat macam mana .
so, timbul satu idea nak snap pic lukisan kita ni
lukis sendiri ni tau . bukan ciplak punya !
but based on komik gempakstarz lahh
kita memang pakar lukis dengan cara meniru *bukan tekap okay*
sebab kalau nak imagine sendiri hancuss.
so, ini dia 2 jee . ada banyak lagi kita lukih senanya but tatau boleh letak banyak gamba or not ,
sekali lagi neuron kita mencuba cuba , hehe


Friday 1 March 2013

Photo Day Challenge->day 1



ehem ehemm ...
tak sure sebenarnya nak letak title apa .
dan hanya mencuba nasib for the first time n the first day
huh *nervous2*

okay tak ni agak agak ? harap harap diterima lahh . cuba sesuka hati je nihh . 

anyway . this is me !