:: NEuroNS THougHT::: bergembira sakan

Tuesday, 16 April 2013

bergembira sakan



Assalamualaikum bloggers sekalian .lately ni, memang rasa tade mood , tade semangat plus jiwa kacau . IDK why .alahaii~

Tetapi, demi untuk kenangan di kala sunyi atau pun duka , still kena post jugak something about them . who ?ahaa .my lovey dovey SJ . Hamizah n Nazirah .okay, korangboleh start nyanyi lagu najwa latif ni…

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa….

Dah , pandai2 lah deme sambung sendiri . 
 
Disebabkan si zira pendek tu nak sambung study dah dalam masa terdekat ni .so, aku tuntut janji dia nak mai umah aku . Dia pun ajak lah mizah sekali .

Dan aku sebagai pemegang lesen P yang bertauliah mengofferkan diri untuk menjemput tetamu –tetamu kehormat kat ktm nilai .hehe

Really the on time kami bertiga sampai .zira naik bas dari banting , miza naik tren dari kajang . dan aku driver heyybat . so, takpayah la nak tunggu berjanggut kan .baru bukak pintu kete, kitorang dah tergelak sakan . wonder jugak apa yang digelakkan kerana gelak dengan seikhlas hati . pelbagai cerita rasa nakdiluahkan time tu juga . 

Tapi malangnyaa ,aku ni takleh kalau bising2 dalam kereta time tengah drive . tak fokuus lah katakan. Bajet tak ?terpaksalah nazirah tu tahan je segala apa yang dia nak cakap dan gelak .  

Haa kau, bila dah tertahan tahan gelak ,memang akan meletoplaaa sesampai je dalam bilik aku . Gelak macam dah nak mati dah rasanya .dah boleh masuk maharaja lawak dah sekoq sekoq . hatta orang kat kutub utagha boleh dengaq kami gelak haihh . ok, hiperbola di situ . sila abaikan.
Gelak tergolek je kerja kami kat rumah ni .Tak pernah putus dengan macam macam cerita .macam macam isu  . Dari awal bangun tidur, mandi ,makan, dan time tengah tidur pun ada orang terjerit – jerit . shhhhh~

Yang paling best time hari jumaat . Planning padat gila . heheh . hari jumaat tu nak ambil Fahmy balik dari hostel dia kat salak tinggi . alang alang tu kami nak jenguk rumah sewa Form6 . Dah lama mengidam nak pergi rumah diorang . Ingatkan nak sleepover kat sana tapi apakan daya . Diorang nak balik rumah.... 

Sampai je sekolah around 11 lebih nak dekat pukul 12 gitu lah . Miza pergi hantar borang LCCI dia tu . Aku dengan nazirah ? kami menyork dalam tandas kerana malu yang teramat . Padahal tade apa pun yang di malukan . Mungkinkah kami terlebih eksaited ? atau mungkin COOL ? cool kepala hotak hang kalau duk dalam tandas . puuii :p

Okay, keluar je tandas , terserempak dengan budak2 Form6 . Zeha , Ecah n Dinie ofkos membuatkan kami bukan setakat riuh sekampung tapi DUA kampung . ahhaha . takpayah beria sangat sampai caps lock bagai . errr~

Bila diorang habis sekolah , kitorang pun dengan eksaitednya pergi rumah sewa diorang dekat depan Empress hotel . Mula2 follow motor Ecah , tapi disebabkan dia bawak macam polis trafik a.k.a jpj bertauliah walaupun baru dapat L . Aku terpaksa lah potong dan follow motor Zeha . huahuahuaaa 
Dinie pula duduk sit depan . Kalau nazirah tu , orang suruh senyap time aku drive makan saman lah jugak . Tapi si dinie ni haihhh ! makin aku suruh senyap, makin dia menggila .

"Atyn , tak penat ke mendongak ?"
since aku asyik mendongak nak pandang kereta kiri kanan dengan fokus.

"Atyn, kenapa tak duduk atas riba miza ? baru sampai kaki tuu ?"

Dan macam2 lagi yang dia bebelkan . Seb baik dekat je .  Kalau tak dah lama aku jahit mulut dia tuu guna jarum dan benang besi . Ahaha . kejam sungguh . ada ke benang besi ? ngehngehhh~

Aku parking kete masuk dalam rumah . Rumah diorang mak aihhhh . Besar nak mammm ! aku dengan nazira yang kecik2 molek ni , apa lagi . melompat lompat macam orang tade rumah . Berlari sana sini . Main kejar kejar kat setiap pelosok rumah , dan akhirnyaa terjelepo kat depan tv sebab kepenatan . Bhahahahaha . Memang best ! 

Reaksi mizah pulak amat berbeza dari kitorang yang dah macam orang putus wayar ni sebab terlalu gembira dapat masuk rumah besar . Mana taknya , biar aku kira jap eh , berapa ruang tamu dia . haaaaa , TUJUH ruang tamu ! kau gila ke apa ????! sampai ada satu ruang tu memang jarang singgah sebab jauh sangat . dan 4 bilik yang besar besar . 

Ehh, lupa pulak nak cerita reaksi Mizah . Okay, sambung . Mizah masuk2 je terus geleng kepala dann...

"Ya Allahh . Macam ni ke rumah anak dara ?! bersepah !"

Membuatkan aku dan nazirah berhenti berlari , dan tergelakk semula , hahaha . yela, mana taknya . bukannya sepah mana puun . Lepas tu mizah teruskan misi dea dengan check bilik satu persatu . perghhhh . Lagak ibu orang betul . Abaikan je miza tuu . Dan aku dan nazira terus berlari pusing pusing sampai penat . Memang gila . Yang sedihnya tak sempat snap pic kebesaran rumah tu untuk korang . Takpelah , daya imagination korang kan tinggi . kan kan kann ? Just imagine kayyy~~~~

Okay then , kami bertiga berlepas pergi ke kedai marsha pulak . opps , silap . bukan kedai marsha but kedai yang marsha jaga . heheh . Kedai tu dekat je . dekat area salak tinggi jugaklah . Kedai cikgu Nora, Marsha kerja kat situ . Sorry marsha , tak dapat nak singgah lelama . singgah hantar kek batik yang kitorang buat malam tadi  je . hehee . baik kan ?kalau marsha kitorang bagi kek batik , dekat bebudak STAM pula kami bagi cheesy wedges . hehe . sekali lagi kebaikan terserlah . POYO GILA

ni yang bagi kat marsha . cantik kan bekas dia ?
yang ni pulak , kitorang melahap kat rumah
ni gambar gedik kat kedai marsha :p

okay . pastu balik lah rumah dengan kepenatan yang teramat . ececehh ~

4 comments:

Normi Nieza said...

ermm..bru dapat..td hang kot..huhu

Nana Liena said...

hehe..bestnya hang out dgn kawan2.. dah lama tak berjimba..hhooho.. eh..susah nak jejak tu sbb bila kita klik kat awak punya google+ tu kan tak ada link blog.. tu yang susah nak jejak link.. huhu..(* ntah faham tk kta kata ni..ahaha)

nadia hikari said...

ouhh . kita faham . tapi macam mana nak buat bagi ada link eh ?