:: NEuroNS THougHT::: May 2013

Saturday 25 May 2013

mari belajar bahasa jepun !

Assalamualaikum ..

Seperti yang dijanjikan , ceknad nak buat entry bagi kamu kamu semua dapat belajar bahasa jepun sama sama kan . Walaupun nextweek dah mid-term exam . Takuuutnya . 20% akan di bawa ke Final nanti . Ya Allah, mohon dipermudahkan segala urusan .

Sebab haritu punya kuiz math, ceknad tak dapat score pun . sedih T__T sebab tu la sekarang busy study jee . kesian kat blog ni haa . ceknad tak bawak broadband pergi hostel . takut leka asyik online jee kan . wifi pun lemm samacam je . haha . asyik terpikir2 jee nak tulis entry apa , nak cerita apaa . and macam mana nak buat entry pasal bahasa jepun . sebab dah banyak sangat dah belajar kan .  nanti bagi susah susah kang , korang tak faham lak . ahahaha . bajet hott je . errrr~

okay, firstly ceknad rasa kena tunjuk table ni dulu kat hampa semua .


korang dah pening kee ? janganlaa pening dulu . ceknad tunjuk ni saja bagi korang kenal . bukan suruh korang tulih punn . jangan risau . Yang Hiragana untuk perkataan asli dari jepun . Katakana tu pulak mcam kata pinjaman la . So, kalau hampa nak tulis nama hampa, kena lah guna Katakana yee . Melainkan nama hampa originally from Japan . hhehehe

Contohnya, nama CekNad Nadia kan . So, mulakan misi kita . Cari 'Na' , ナ . lepas tu 'di' . disebabkan hruf 'D' takde , kite kena guna huruf 'T' ditambah dua titik di atasnya . macam ni -> デ jadilah 'de' . Tapi, kita nak 'di' kan . so, tambah la 'i' kecik kat sebelah , ィ. Last sekali cepat cari 'a' , ア. okay, gabungkan semuanya . Jadilah ナディア= Nadia . emm, susah kee ?

Kalau susah , jom kita belajar cakap lak . ni senang sikit kot . untuk greetings ke . saje2 nak tweet ke , buat status kee . ahahahah
i - watashiwa
you - anatawa
we - watashitachi
thank you - arigatou gozaimasu
welcome- do itashi mashite
what is your name ? - onamaewa
my name is (__) - watashiwa (___) desu
good morning - ohayou gozaimasu
good evening - konbanwa
good evening/ hello - konnichiwa
good night - oyasumi nasai
i am sorry - sumimasen/gomen
i see - soudesuka
what time is it ? - ima nanji desuka
where do you live ? - dokoni sundeiimasuka
what a nice ! - sutekidesune
yes?/ what ? - nandesuka
see you tomorrow - ja, mata ashita
said before starting eat - itadakimasu
how are you - ogenkidesuka
that's a pity - zannendesune
that's amazing - sugoiidesune
awesome - subarashii
welcome home - okaeri
i'm home - tadaima
but - demo/kedo
i'm tired - tsukaremashita
really ? - hontouni
emmm, apa lagi eh perkataan yang hampa nak tahu . tanya je lah nanti . In Sha Allah , CekNad akan jawab . Nak suruh eja kan nama ke . ahahahaha .

okay, Jepun ni senang je kot . Dy punya pronounciation pun sedap di dengar dan tersangat lah polite orang2 jepun ni . Kalau tersalah cakap sikit, dah dikira macam tak sopan . 

Tapi, yang susah sikit , kena hafal Kanji yang beribu tu lah , dalam sebulan ni, CekNad dah belajar around 100++ character Kanji . Dah ada dua kali test dah pun . Kanji  ni sebenarnya function dia nak bezakan maksud perkataan tu . sebab ade yang perkataan yang sama bunyi , tapi lain maksud . hooo, fenin fenin...

emm, tu je dulu setakat ni , lepas mid term ni , CekNad cuti seminggu . so, boleh la update lagi entry baru . join GA kee . waaa, lamanya tak berGA . hahahaha .

till fingers meet the keyboard again . Sayounaraa~~

Wednesday 1 May 2013

the new life

Konnichiwa :)
hehehe . assalamualaikum mana akak ooi ? mentang mentang lah baru belajar bahasa jepun . Astaghfirullah~

sebelum cerita panjang lebar , nak umumkan sesuatu . my new nickname is CekNad . so, uolls can call me ceknad from now on . maybe just 'cek' for short . hehehe . baru je dapat nickname ni from my dearest roommates . okay kah ? ke tak sedap ? layaaan~

actually, cek stand for kecik . tapi orang kelantan pronouns kechek . so, melekat lah panggilan tu till now . heheh .okay, jom kita start story from the beginning

Hari Jumaat bersamaan dengan 19 April , hahah . lama dah kan ? sekarang baru sempat nak update . ni pun broadband pinjam jee . sobsss . wifi ada tapi macam takde jeee :'(

so, hari Jumaat tu , ceknad pun pergi la mendaftar dekat MJII beranang , dekat je ngan rumah . so, bolehla balik selalu . itu yang penting ye kawan kawan  . heheheh . sesampai je kat sini , di sambut oleh abang harituu . hahahaha  .saya suka saya sukaaa ! ceknad antara orang yang lambat jugaklah yang datang . ahahahah . rami dah orang dalam hall ni untuk sesi taklimat . haishh, berdebar jugaklahh . time sesi taklimat , biasala depa suma akan cerita semua kelebihan kat sini . yelaaa, nak promot kat orang baru macam kami kami ni kan . hehehe .

bangunan ni je sempat snap

ceknad dapat buku, dapat beg , dapat keychain . semua free . tentukan bilik , ceknad mengharapkan dua orang je 1 bilik . rupa rupanya dapat 4 orang .Tapiiii,  depa semua best best belaka . memang bersyukur gak dapat 4 orang . yelaa, boleh buat bising ramai ramai . tadela bosan n sunyi sangat .

sorang dari kelantan , sya . hanna dari melaka . n last but not least, atin dari terengganu . haaaa , barat vs timur . sebab tu lah diorang panggil cek , sebab nama atin dah ada kan . ahahah . ada gak few student panggil nad . so,kita gabungkan lah yee jadi ceknad . huahuahuaaa

first of all, berpindah ke tempat baru , perkara pertama tamaaa yang kita kena pergi semestinya bilik kita kan . so, ceknad akan tunjukkan bilik ceknad ni . so far, not bad lah . cukup untuk keselesaan empat orang . bilik pun macam baru je , macam tak pernah guna .
sebelum dan selepas .
locker baru dan study desk sebelah rak kasut . errr~
tapi sekarang kitorang dah ubah susunan . yelaa, masing masing nak tidur bawah kipas . nak praktis winter kat jepun nanti mungkin  . poyoo je semua tuu . study desk ceknad pun bukan kat sebelah rak kasut lagi . sekarang ni pun masih dalam proses nak cantikkan bilik lagi . wahai YPM ku sayang , cepatlah bagi tikar getah kat kami . kaki weolls dah sakit makit ni atas simen . maaf atas kepoyoan . ngeee~

tapi sekarang kaktin dah pindah atas sebab-sebab tertentu :( tade sapa nak tidur sebelah ceknad nii sebab kitorang gabungkan 2 katil rapat rapat . seb baik lah ceknad jenis yang tidur mati . tadela penakut sangat kalau terjaga malam malam kan . huhuuu ^_^ . rindu kat diaaaaaa .

pantry pun ada . sinki ada, refri ada dan bagai bagai lagi . tak selalu pergi pun . malas jugak nak tangkap gambar . tapi kitorang bukan boleh masak pun , tapi rasanya ada je kot yang bawak periuk nasi kecik2 o water heater . yang penting , sila lah jaga kebersihan pantry kita bersama kayy .

toilet pun not bad kan ? bersih

lupa nak cakap , bilik ceknad kat tingkat tigaaa ! wooo. penatnya nak mendaki . alahaii~ jangan selalu mengeluh yee ceknad . sila bersyukur ! Alhamdulillah~
surau yang besar
surau ni besar gila . yang belah kiri lelaki . kanan tempat perempuan . surau perempuan kat atas . so, bolehla buat apa apa sesuka hati . setiap selasa ada ceramah lepas maghrib . hari lain pun ada jugak . tapi hari selasa special sikit sebab dapat makan free kan . hehhehhh . niat pun dah salah . istighfar lah kamu banyak banyak yeee .

cerita pasal belajar pulak . life kat sini memang hectic gila . so, ur mental n physical should be fully prepared. kelas start kul 8 sampai pukul 5 . rehat pun pukul 1 untuk solat . kalau sempat bolehla pergi makan but usually ceknad tak pergi makan puun .masa  pagi jumaat kami mendaftar tu , petang terus start kelas . tade masa nak orentasi2 bagainyaaa . kelas jepun lak tu a.k.a nihongo (bahasa jepun)

and dalam masa sabtu ahad , kami kena hafal semua  katakana dan hiragana. perghh . mesti hampa blur kan apa yang ceknad duk merepek ni . haha . lepas ni hampa semua akan didedahkan dengaaan baaanyak lagi japanese words from this blog . setakat seminggu lebih ceknad duduk kat sini , handout dah tebal gila . segala macam jenis fail ceknad dah beli . semua macam tak kena dengan citarasa . hahaha . so, sekarang ni , ceknad dah boleh la cakap sikit2 nihongo . baca buku teks pun bolehla , tapi macam lambat sikit . kanji pun baru belajar sikit je . pening ouhh .
buku semua tebal tebal ouhh~


for subjek science pulak , kat sini kami study Physics, math, chem and engineering . untuk sem 1 ni, semuanya basic2 jee . basic basic pun, bagi ceknad susaahh gila . yelaa, berapa bulan ceknad takguna akal fikiran ni . tup tup je kena main dengan nombor secara laju tahap maksimum ! sobssss . tape2 . sabar yeee . seb baik sensei (lecturer) semua nya baik2 belaka . Alhamdulilah .. jangan lupa math kat sini tak boleh pakai calculator yeee . what ??? yelaa, ikut style orang jepun kan .

setiap kali dalam kelas , ceknad akan menggigil kerana suhu aircond yang melampau . kelas ada karpet but takpayah buka kasut pun . kelas nihongo best . boleh release stress sebab semua lecturer japanese lawak2 dan comel comel belaka . tapi kadang kadang susah gak nak communicate dengan diorang . kelas nihongo ada 14 orang je . 4 orang je perempuan . sikitkan.. kan..kann..
with Saito Sensei :)

kalau kelas sains pula macam ramai pulak . around 30 . ceknad duduk depan sekali . tapi tak biasa sangat laa . rasa susah je nak fokus . yelaa, sensei macam pandang belakang je kan . that's why kadang kadang terberangan dalam kelas . fikiran asyik melencong je entah ke mana mana . Astaghfirullah...

so far , itu je kot dapat cerita dalam entry ni . lainkali ceknad cerita nayak banyak lagi ehh . kelebihan dan keburukan . heheeh . hopefully lebih banyak kebaikan lah kan . aamiin . doakan ceknad berjaya kat sini dan tabah serta kuat menjalani kehidupan yang mendatang dan semua yang berlaku adalah kerana Allah .

till fingers meet the keyboard again . Sayounara~~