:: NEuroNS THougHT::: January 2013

Sunday 13 January 2013

{BAB 2}

                                  BANTAL dan tilam asrama yang disediakan terasa begitu lembut . Aida yang pada mulanya ingin melelapkan mata untuk seketika sudah dibuai mimpi selama satu jam . Dayah pula turun ke bilik study asrama untuk mengulangkaji pelajaran sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang masih terbengkalai. 

                                  "Dayah , Aida mana ? Aku nak minta tolong dia ajarkan subjek bio ni . Esok ada presentation." tegur Syahirah tatkala ternampak Dayah tanpa Aida di sisi .

                                  "Kau ni , macam tak kenal aje dengan Aida tu . Pantang nampak katil , pasti terlena sampai pagi punya . Pergilah kejut dia . Dia kata nak tidur sekejap saja . Esok pagi mengamuk pula kalau tiada yang mengejut." jawab Dayah yang sudah lali dengan perangai Aida yang susah untuk dikejutkan apabila sudah tidur.

                                  "Untung Aida tu pandai , sebab tu lah dia boleh tidur lena sementara orang lain bertungkus-lumus study . Nantilah aku kejutkan dia." Syahirah menjawab dengan nada yang lemah . Malas rasanya untuk pergi ke dorm Aida yang terletak di tingkat atas . Tapi , harus digagahkan jua untuk mendapatkan tips-tips daripada Aida agar presentationnya dapat berjalan lancar . Dia pun bukannnya faham sangat tentang subtopik yang harus dibentangkan nanti .

                                  Betul kata Dayah . Aida tidur mati ! Setelah sepuluh minit dikejutkan , barulah Aida tersedar . Aida bingkas bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Syahirah . Mujur Syahirah mengejutkannnya , jika tidak pasti masanya akan terbuang begitu sahaja .

                                  Menjadi lumrah kepada pelajar asrama terutama bagi mereka yang bakal menghadapi peperiksaan untuk bangun ulangkaji pada waktu malam . Semakin menghampiri musim peperiksaan , semakin ramailah yang membanjiri bilik study . Segelintir mereka sanggup berjaga hingga jam tiga pagi . Ada juga yang bangun awal pada jam lima pagi mengikut keselesaan . Tidak ketinggalan untuk melakukan qiamullail berjemaah . Tidak enak rasanya sanggup berjaga malam untuk mengejar nikmat dunia sahaja walhal akhirat yang perlu diutamakan.

                                  "Ha , ini aku buatkan nescafe untuk kau sebab dah kejutkan aku." ujar Aida seraya menghulurkan mug kepada Syahirah .

                                  Bagi Aida , tanpa minuman nescafe ini , pasti matanya tidak mampu untuk berjaga dan mungkin akan menyambung tidur semula . Aida juga sedar bahawa tidak elok minum nescafe selalu . Dia juga baru sahaja berjinak-jinak dan tidak akan minum sekiranya tidak terlalu mengantuk . 

                                 Aida menerangkan kembali tajuk enzyme yang bakal dibentangkan Syahirah . Tajuk tingkatan empat barangkali sudah pudar dari ingatan . Sedikit sebanyak apabila Aida menerangkan kepada Syahirah , menguntungkan dirinya agar lebih mengingati tajuk ini . Ulangkaji dimulakan dengan doa yang dibaca Aida agar pembelajaran mereka diberkati dan kekal di dalam ingatan . Aamin .

                                 "Ok , fungsi enzyme adalah untuk speed up reaction . Ciri-ciri enzyme ada banyak . Antaranya , sensitive with temperature and pH . Optimum temperature for enzyme is 37 degree . Time ini , enzyme akan berfungsi paling optimum . Bila suhu terlalu rendah atau tunggi , enzyme tidak dapat berfungsi dengan baik . Misalnya , apabila suhu mencecah 60 degree Celcius , enzyme akan denatured . pH tertentu juga penting untuk enzyme berfungsi . Sebagai contoh , pH 2 untuk enzyme pepsin yang ada dalam perut kita . Seperti yang kita tahu , pH 2 merupakan acidic . Sebab tulah , kita tidak boleh membiarkan perut kita kosong kerana hydrochloric acid dalam perut kita akan menghakis kulit perut ."

                                 "Oh , sebab tu lah kita sakit gastrik ye ?" celah Syahirah yang memahami penerangan Aida .

                                 Aida menerangkan kesulruhan tajuk enzyme dengan penuh gaya agar mudah difahami . Aini dan Nina yang duduk berhampiran mereka juga seakan-akan tertarik untuk mendengar sekali kerana gaya penyampaian Aida yang cukup bersahaja dan diselitkan lawak jenaka serta mimik muka yang menghiburkan hati . Aida tahu cara begini akan mengelakkan mereka dari rasa mengantuk . Dia juga akan memastikan sesiapa yang mendengar dapat mengulanginya semula agar dapat menerangkan kepada orang lain pula . Sesi teka-meneka juga membuatkan rakan-rakannya akan berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab . Aida sangat berharap apa yang diberikan dapat dimanfaatkan mereka terutamanya dalam peperiksaan . Dalam hatinya , dia berdoa agar kecemerlangan dapat diraih merek bersama . Insya Allah...

Saturday 12 January 2013

{BAB 1}

                               TERIK matahari yang membahang membuatkan Aida cepat-cepat ingin masuk ke dalam rumah . Kalau dapat minum air sejuk mesti sedap ni , fikirnya . Tatkala ingin mengunci pagar , kereta Proton Wira yang amat dikenalinya itu berhenti betul-betul di hadapan rumahnya membuatkan Aida terkesima sebentar . 
                               "Ibu ," bisik Aida antara dengar atau tidak seraya terus memeluk erat ibunya yang keluar dari perut kereta . Dan kala itulah tiba-tiba dia terjaga. Matanya dicelik laju. Hanya kipas siling yang sedang berpusing-pusing menyapa matanya. Dadanya masih berombak laju kerana terperanjat.
                                "Ya Allah. Mimpi rupanya.” Gumamnya perlahan sambil beristighfar panjang. Tanpa disedari , air matanya menitis semakin lama semakin deras . Ya , Aida sangat merindui ibunya . Dia tidak tahu kepada siapa harus mengadu . Di setiap sujudnya , pasti Aida akan menitipkan doa dan rindu kepada ibunya agar ibunya juga dapat merasakan getaran yang sama . Aida rindu ibu , Aida tak pernah lupakan ibu , rintih hatinya . Lama Aida termenung sendiri dan akhirnya kembali tidur dengan linangan air mata .
 ****
                                "Aida , cepat ! Warden dah jerit kat bawah tu ." Gesa Dayah seraya menarik tangan Aida yang masih menyarung tudungnya . Terkocoh-kocoh Dayah berlari sambil menghentak-hentakkan kakinya . Aku memandangya pelik .
                               "Kita kena lari macam ni . Warden suka . Baru Warden tu rasa kita takut dengan dia , nanti takdelah dia kata kita tak hormat dia dan tak marah kita . Jom ikut aku ." jelas Dayah seperti mengerti akan kehairanan Aida .
                                 "Ohh..." balas Aida dengan gelak ketawa yang ditahan takut didengari pengawas asrama seraya mengikut cara Dayah berlari . 
                               "Bingo !" jerit Dayah sebaik sahaja berjalan melepasi pintu pagar asrama .
                               "Mujur sempat , tak kena kunci " kata Aida yang masih lagi termengah-mengah sambil membetulkan baju kurung hijau muda yang tersarung elok di tubuh kecilnya .
                                Begitulah hampir setiap petang kebiasaannya . Aida dan Dayah sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang sering turun lambat daripada asrama . Sudah puas dinasihati pengawas asrama dan pernah juga mereka terkunci di dalam asrama beberapa kali . Bukan kerana mereka sengaja lambat tetapi keadaan bilik air yang sentiasa penuh membuatkan mereka malas untuk berebut-rebut , berehat sebentar di bilik dan akhirnya tertidur .
                                 Aida dan Dayah meneruskan perjalanan mereka ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah . Di surau jugalah tempat Aida melepaskan penatnya sebagai seorang pelajar . Seringkali juga Aida tersengguk-sengguk setiap kali mendengar kuliah Maghrib.

                             Setelah siap melipat telekung pemberian ibunya , Aida bergegas menggalas beg . Dia perlu segera pergi ke prep di bangunan sekolah . Banyak lagi latihan dan ulangkaji yang harus dia siapkan pada malam itu . Aida sedar dia harus berubah dan memanfaatkan masa sebaiknya kerana dia bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini . Jadual belajar dibuat bersama rakan yang duduk semeja dengannya , Husna agar senang mengulangkaji bersama kerana Dayah tidak sekelas dengannya . Jika tidak , pasti Aida akan melakukannya segalanya bersama Dayah seperti belangkas .
                                "Husna , latihan chemistry semalam kau dah siap ? " tanya Aida dengan nada berharap agar Husna meminjamkan kepadanya untuk dijadikan rujukan .
                                "Belumlah , aku tak berapa faham soalan dia . Ingatkan nak tunggu kau buat . Nak minta tolong kau ajarkan aku . Kau kan budak hebat chemistry."balas Husna menghampakan harapan Aida .
                                 "Kalau macam tu , jom kita buat sama-sama." pelawa Aida yang tidak lokek dengan ilmunya .
                                Husna sememangnya seorang yang rajin . Tidak pernah leka di dalam kelas dan sentiasa menyiapkan kerja sekolah tepat pada waktunya . Tidak hairanlah dia dilantik sebagai Penolong Ketua Rumah atas sikap disiplin yang ada .
                                Kertas latihan kimia itu dibelek Aida . Mencari-cari jawapan berdasarkan buku nota yang disalin di dalam kelas sambil berbincang bersama Husna . Target mereka agar dapat menyiapkan malam itu juga supaya tidak bertangguh . Semua pelajar kenal benar dengan sikap guru kimia mereka yang pastinya akan menambah latihan sebanyak yang boleh . Seperti yang selalu dikatakan , practice make perfect !
                                 Suasana kelas juga sunyi . Semua pelajar masing-masing bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah . Ada juga yang sanggup meniru sahaja semata-mata takut dimarahi guru keesokan hari . Sesekali terdengar sayup-sayup suara Farah yang sememangnya gemar menyanyi . Sebut sahaja tajuk lagu , pasti dia akan menyanyikannya lagak seperti radio di dalam kelas .  Ada juga yang tertidur kepenatan sekadar lima hingga sepuluh minit umtuk mengecas kembali tenaga .
                                 "Alhamdulillah . Siap pun akhirnya . Cuma tinggal satu dua soalan yang tidak lengkap dan ditinggalkan untuk bertanya kepada guru mereka . Pensel mekanikal berwarna biru disimpan . Kebanyakkan barang Aida berwarna biru seperti dari peralatan menulis dan juga barang-barang asramanya .
                                 Tepat jam sebelas malam . Masing-masing sudah mengemas-ngemas untuk pulang 
                                 "Aida, jom balik !" terdengar suara Dayah yang sudah terpacak menunggu di hadapan pintu kelas Aida untuk pulang bersama.
                                 "Ok!"
 

[ceritara]

ingatkan aku hari2 nak post bagai . nak buat diari lah konon . tengok2 dah lama aku tak tulis . tulah pendirian aku yang tak berapa nak tetap nih . and aku rasa aku ada plan baru , nak tulis novel ! bhahaha~~gelakkan diri sendiri . buat lawak je aku ni . em , tengoklah berapa banyak yang aku boleh tulis . entah-entah ni pun sekerat jalan je . doa banyak-banyak je yang mampu :)

Saturday 5 January 2013

[moj kenal-2]

assalamualaikum ? 
dan salam berkenalan untuk semua . ceh , walaupun aku tahu tade sape yang baca blog ni . haha . tak kisahlah . aku ni anak kedua dari tiga orang adik beradik . kakak and adik lelaki . hidup dengan umi , ayah dalam keluarga yang bahagia . alhamdulillah . nak kenal dengan aku ? aku sendiri pun tak kenal sangat dengan diri ni . kadang-kadang aku ni cakap tak serupa bikin . sekejap ni , sekejap tu . tak tetap pendirian pun . and banyak lagilah sikap-sikap negative aku . 
 haha . dah speechless dah . tulah . actually , tak berapa pandai nak luahkan perasaan ni dalam penulisan tapi berangan je lebih nak jadi macam ramlee awang murshid la , hlovate , dan baru-baru ni aku usha blog angelwearsgucci.blogspot.com. fuhh , hebat gila penulisan diorang . penuh pengisian . aku ni rasanya macam tak mampu je :( tapi , takpelah . inilah diri aku . yang tak berapa nak ada keyakinan diri . kahkahkah . sekadar menulis untuk dibaca sendiri . sebab ada sorang kawan aku ni , dia suka sangat tulis diary and tak boleh hidup tanpa diari dia tu . aku pun tanya 

"*** , kau tulis apa je kat diari tu ? "
"tulis apa yang berlaku , apa yang aku rasa . pasal kawan , family . macam-macamlah ",jawabnya dengan penuh perasaan .
''haha , childish lah kau . nak buat apa tulis semua tu . kalau aku mesti dapat buat separuh jalan je . lepas tu buang je . membazir masa kot ," aku gelakkan dia dengan penuh selamba .
"kau ni , diari ni bila aku dah besar , aku akan tengok balik dan tergelak sorang-sorang . tu semua kenangan tau ."
 
ooo . lepas tu , baru aku terfikir nak buat gak . and akhirnya aku buat blog ni . ade gak niat konon-konon nak berdakwah , bagi informasi yang berguna melalui blog , tapi , aku ni bukannya pandai sangat pun and lagi satu , aku memang mengharapkan tade orang yang baca . kalau ade pen , biarlah orang tu tak kenal siapa diri ini . hehe . lagipun aku bukan suka nak promote-promote untuk meningkatkan follower bagai . kalau ada , adalah .. kalau dah beratus post pun , tada sorang follower pun tak mengapa . aku tak kesah . blog aku , dunia aku kan . so , biarlah ia menjadi dunia aku seorang sahaja . XOXO
 

Friday 4 January 2013

[starting my diary]

hurmm . aku nak namakan blog aku ni apa ek . nantilah , bila dah dapat idea baru letak . ala-ala dear yayah gitu . haha . actually , aku ni bukannye jenis yang suka tulis diari .
 nak tulis curahan hati bagai .  haha . tu yang nak try tuu . tengoklah berapa lame kekal 'diari' aku ni . aku pun sedang belajar lagi untuk ber-blogging nih .
 and segan sebenarnya kalau ada orang yang aku kenal baca . yelah , bukannya lawa and tah apa-2 . haha .aku nak try edit blog nih tapi penat . and tak berapa suka sebab background dia putih . penat cari tak jumpa . 

aku jadi teringin nak buat blog lepas tengok movie istanbul aku datang . comel gila kot blog dia . harap-2 aku dapat jadikan blog aku ni secantik blog dia . so , wish me luck kayy :) 
XOXO

[finally]

alhamdulillahh ..
akhirnya , dapat juga buat blog . blog ni aku nak buat macam diary aku . hehe . soo , aku tak kesah ada orang nak baca or tak . tak ramai follower pun takpe . asalkan aku dapat curahkan apa yang aku rasa kat sini sampai melimpah ruah . xoxo