:: NEuroNS THougHT::: [moj kenal-2]

Saturday, 5 January 2013

[moj kenal-2]

assalamualaikum ? 
dan salam berkenalan untuk semua . ceh , walaupun aku tahu tade sape yang baca blog ni . haha . tak kisahlah . aku ni anak kedua dari tiga orang adik beradik . kakak and adik lelaki . hidup dengan umi , ayah dalam keluarga yang bahagia . alhamdulillah . nak kenal dengan aku ? aku sendiri pun tak kenal sangat dengan diri ni . kadang-kadang aku ni cakap tak serupa bikin . sekejap ni , sekejap tu . tak tetap pendirian pun . and banyak lagilah sikap-sikap negative aku . 
 haha . dah speechless dah . tulah . actually , tak berapa pandai nak luahkan perasaan ni dalam penulisan tapi berangan je lebih nak jadi macam ramlee awang murshid la , hlovate , dan baru-baru ni aku usha blog angelwearsgucci.blogspot.com. fuhh , hebat gila penulisan diorang . penuh pengisian . aku ni rasanya macam tak mampu je :( tapi , takpelah . inilah diri aku . yang tak berapa nak ada keyakinan diri . kahkahkah . sekadar menulis untuk dibaca sendiri . sebab ada sorang kawan aku ni , dia suka sangat tulis diary and tak boleh hidup tanpa diari dia tu . aku pun tanya 

"*** , kau tulis apa je kat diari tu ? "
"tulis apa yang berlaku , apa yang aku rasa . pasal kawan , family . macam-macamlah ",jawabnya dengan penuh perasaan .
''haha , childish lah kau . nak buat apa tulis semua tu . kalau aku mesti dapat buat separuh jalan je . lepas tu buang je . membazir masa kot ," aku gelakkan dia dengan penuh selamba .
"kau ni , diari ni bila aku dah besar , aku akan tengok balik dan tergelak sorang-sorang . tu semua kenangan tau ."
 
ooo . lepas tu , baru aku terfikir nak buat gak . and akhirnya aku buat blog ni . ade gak niat konon-konon nak berdakwah , bagi informasi yang berguna melalui blog , tapi , aku ni bukannya pandai sangat pun and lagi satu , aku memang mengharapkan tade orang yang baca . kalau ade pen , biarlah orang tu tak kenal siapa diri ini . hehe . lagipun aku bukan suka nak promote-promote untuk meningkatkan follower bagai . kalau ada , adalah .. kalau dah beratus post pun , tada sorang follower pun tak mengapa . aku tak kesah . blog aku , dunia aku kan . so , biarlah ia menjadi dunia aku seorang sahaja . XOXO
 

No comments: