Alhamdulillah..
Bunyi mesej masukk ...Time ni atyn baru je lepas test litar . bukit, parking n 3 pointer .
Mesej tu tulis.."Tahniahh !!..."
Dalam hati wonder sangat ..
"Aik , sapa pula anta mesej ni ? macam mana ada orang tau aku dah lulus driving test ? pelik pelikk.."
Atyn pun bukak je la text tuu...
Rupa-rupanyaa, "Tahniah, anda telah terpilih untuk temuduga Projek Ijazah Berkembar Jepun (JAD) blablablaaa....."
waaahh . serius laa .. macam mana nak buat ni ekk . Actually , main2 je apply mende ni online , tak sangka lak dapat . Umi pun taktahu . Yela, tau pun dalam fb , group sbp tuu ada bagi link . Lagipun dia tawarkan course engineering jee . Taktahu laaaaa~
Balik je rumah terus cek kat laman web dia . Buat adik2 junior , kalau nak apply kat
sini yee, buat rakan satu batch or before dah terlambat la sebab application closed on 5 march .
Application dia based on trial result . At first , tarikh interview on 16 March but suddenly dia call on Sunday, tarikh diawalkan . 13 March . Alamak , cuaknyeee !
Okay, maklumat di hujung jari kan ? Atyn pun search la pasai interview ni dan jumpa kat beberapa blog tapi tak detail sangat .
So, sekarang ni nak cerita agar adik adik junior boleh baca nanti .
Interview dekat Hotel Royale Bintang n Spa , Seremban . 5star tuu..
Start pukul 8.30 . Atyn gerak dari rumah kul 7, sampai nak dekat2 kul 8 . okaylah kan . Memang kami digalakkan datang awal setengah jam . Masa sampai tu, rupa-rupanya dah ada 4 ke 5 orang yang dah menunggu . Alahaii . nervous tak terkata .
8.30 dah start register . diorang semua bawa fail tebal2 . sijil maybe . Atyn bawa fail nipis nak mampuihh . Just bawa sijil yang penting penting for Form4 n Form5 je . Rasa nyesal pun ada , tapi nevermind lah . Ayah eksaited pergi kat kaunter tu . Nasib baik Atyn ni jalan terkedek kedek . Malas nak kejar ayah . Rupanya num yang register tu , ikut giliran for the interview nanti . Fuhh ! Nasib baik tak jadi orang first . Num 3 pun okayyy :)
lepas siap siap register , kitorang kena masuk satu hall ni . Ada 3 sit untuk 1 meja . Atyn prefer duduk tengah sambil berkenalan dengan kawan kawan kat sebelah . Diorang semua pandai pandai kott . Dari Permata Pintar , STF , SMAP Labu . terasa diri ni kerdill sangatt .
Tengah best borak borak , suddenly dia kata tak boleh duduk sit tengah . adoyaii . menyesal pulaa . terpaksa lah tukar tempat dan duduk depaaan sekali . adesss -.-
okay, kami start dengan taklimat ringkas... pastu, ada ujian bertulis . 20 soalan . english, addmath, physics , chemistry , setiap satu subjek 5 soalan . seriously susaah ! memang blank la nak jawab apa kan . nasib baik objektif . boleh gak main tembak . dahla tak boleh guna calculatorr . 30 minit je dia bagi . grrr.. menyesal tak study awal awal . segala formula semua memang dah lupa la kann . buat adik adik junior yang bakal pergi interview ni, buat la revision yeee ...
dalam area pukul 10 pagi , start la sesi interview .. atyn num 3 . sejuk takyah cakaplaah . tangan dah beku haihhh . ada sorang abang ni, orang yang urus2kan mende ni lah . hensem sehh tapi taktau la nama dia apa . yang tak boleh blaa , dia ucap ganbatte ! alahaii, gugur jantung denn . ada jawapan special ke ek nak balas ? atyn balas arigatou jee .
masuk je dalam bilik interview ni kena senyum tau . senyum tu yang mahal tuu .
bagi la salam for muslim kan ?
dua orang je interviewer . sorang laki, sorang perempuan .
dia dah sediakan kerusi, korang jangan pandai pandai nak alih kerusi tu sebab dia memang dah estimate jarak untuk tengok personaliti kita kann .
atyn pun duduklahh sambil letak handbag atas peha . terus panel tu tanya .
"ada apa dalam beg ? emas ke ? lainkali , jangan letak beg atas riba , either letak bawah o tepi "
alamaakk . malunyee . yela , first time pergi interview kann .
so , for those especially girlss ingat yeeee . jangan buat macam atyn ni haaa
okay, soalan first dan famous yang dia tanya :
-kenalkan diri dan cerita sikit pasal diri awak .
okayy, bm rupanya , mati mati ingat fully english . nasib baik tak prepare text , kalau tak sia sia jee . so, atyn pun jawablah nama , tinggal kat mana , sekolahh dan tiba tibaaa blank !
haaaa, dusshh . apa lagi nak cerita ek pasal diri atyn ni . sampai interviewer tu pun kata "lagi ? jangan nervous, rilek jee" maluu lagi sekali . so, prepare lah awal awal yee apa2 yang korang nak cerita pasal diri korang ,,
-apa yang buat awak berminat dengan program ni
haa, ni kita kena jawab dengan penuh confident tau . yelaaa, kita kena yakinkan di betul betul yang kita memang berminat nak masuk program ni . tapi , atyn jawab simple je . pastu dia kata
"saya tak nampak lah yang awak berminat"
hehe, atyn hanya mampu senyumm .
-kenapa pilih jepun ?
haa, lately ni banyak watch drama jepun . atyn pun cakaplah yang atyn suka words jepun walaupun tade basic dan teknologi2 jepun yang sememangnya awesome .
-apa yang awak tahu tentang teknologi jepun ?
haa, kan dah terkonoo den . jawab je la pasal hybrid walau pun baru search dan tak berapa nak tahu sangat . pastu, dia tanya pulaak , apa itu hybrid ? mak aihhh . mano la den tauuu = =' . tapi , dalam interview jangan sesekali jawab taktahu tau ! tibai je laaa walaupun salah .
lepastu, atyn cerita sikit pasal cita cita nak jadi pensyarahh
"...lepas saya tengok akak ex-JAD jadi pensyarah, saya pun bertambah minat......"
at the same time akak tu gelak je sambil kata "eh, akak ?"
atyn pun pelik kenapa dia gelak , habistu nak panggil apa . ke dia suka atyn panggil dia kakak sebab nampak mudaa..
daaan , atyn memang terfikir2 sampai balik . dalam kereta baru terlintass . Ya Allahhh ! patutnya aku panggil Puan . ape punya sengall lahh . patutlah akak eh silap , Puan tu gelakkan macam sinis jee . Hayyyaaaa .
-JAD tu apa ?
dengan kalutnye , atyn terus jawab , jepun association degree . mampuiih la kena gelak lepas tu . nampok benorr salahnyeee...
okayyy, JAD ni stand for Japanese Associate Degree yeee . ingat tuuu
lepastu dia suruh buktikan minat kita on the whiteboard .
cari nilai sin315
alahaiiii. memang failed lahhhh ! atyn conteng2 je kat whiteboard tu sebab tahu dah memang takleh jawab . atleast nampak lah yang kita macam menulis kann . hahahaa . last2 , cakap je yang dah lupaaa -.-
lastly, dia tanya lagi sekali , kalau dapat offer lain dengan offer ni , kamu terima o tolak ? dan apa yang buatkan kamu terima offer ni ?
banyak kali dia tanya benda sama "komfem ke kamu nak terima offer ni kalau dapat offer lain ?"
"dapat ke kamu tahan life kat JAD yang tough ni ? pukul 8 sampai pukul 5 non stop tak sama macam u lain tau "
so, memang kena jawab dengan tersangaaat konfiden supaya diorang percaya dengan kita .
atyn banyak cakap In Shaa Allah . yela, tak berani nak janji apa apa .and dia tekankan maksudnya .
In Shaa Allah = saya berjanji dengan izin Allah
banyak kali jugak lahh dia ingatkann . memang diorang betul betul cari orang yang takkan tolak offer ni .
Last words " Saya harap awak masuk tadi dengan senyuman dan kembali dengan senyuman" cehhh..ayat nak bagi atyn mengharap jee .
keluar je, abang handsome tu tanya macam mana . okay tak ? atyn suruh dia doakan jee *gedik
then, rasa nak balik teruss . taknak lah duk situ lama lama haihhh .tiba tiba abang handsome panggil lagi sekali . dia tanya lagi, betul2 minat ke nak masuk program ni ? atyn pun angguk je la . sure tak tolak eh kalau dapat offer ni ? kalau takk , nak masukkan nama nii . sambil tunjuk fon dia . alahaiiii .
tapi seriously, kalau ada rezeki atyn kat sini , atyn tak tolak offer ni . tak tipuu..
tapi sometimes risau gak, yelaa, student lain hebat hebat kaann -.-
so, kita hanya merancang dan Allah sebaik baik perancang....