:: NEuroNS THougHT::: [ jom masuk u ]

Tuesday, 26 February 2013

[ jom masuk u ]


ahaa , kisah ni dah pun berlaku sebulan yang lepaas . haha ., bertahun baru nak post .
sorry gang ! alkisah bermulaaaa....



         Malam masih seperti biasa . Sejuk kedinginan menembus hingga ke tulang . Namun, aku seperti lali dengan itu semua . Badanku juga sudah betah , hanya menarik selimut membaluti tubuh . Fikiranku masih lagi menerawang jauh , memikirkan hala tuju hidup . Kerjaya dan masa depan . Akhirnya , aku bingkas bangun , menghadap komputer riba yang masih lagi bernyawa . 

              Facebook . Medium utama untuk aku menghubungi teman-teman jauh . Twitter juga semakin menular kini . Kedua-duanya aktif . Rakan-rakan juga sudah tahu yang aku jarang menggunakan telefon bimbit . Alasannya hanya satu , tiada kredit !

              Chatbox berbunyi , menandakan ada seseorang yang memberi mesej . Atiqah . 

"Naia, jom pergi  karinval Jom Masuk U , esok ! Jomlah , budak-budak Pahang nak datang . Kita boleh jadi Tourguide mereka :) " pujuk Atiqah .

             Aku terus bersetuju . Yelah, sudah lama tidak jumpa . Sememangnya malam itu bertaburan post dan comment di wall fb dan wall group Gugurl Predominate, sebuah Group yang dibina hanya untuk muslimah comel seperti kami . Aku juga sibuk search di internet cara untuk pergi ke karnival dengan menaiki kenderaan awam . Jujurnya, aku pun tidak pernah menjejakkan kaki ke situ, Universiti Malaya, tapak karnival . 

             Akhirnya, aku membuat keputusan untuk bertanya kakak saudaraku yang merupakan bekas pelajar UM . Arah sudah pun diketahui . Maka , aku hanya bersiap sedia untuk esok sambil menerangkan serba sedikit tentang perjalanan mereka nanti persis Tourguide sebenar . Hati juga sedikit gundah . Semoga Allah melancarkan urusan kami . Aamiin~

********

             "Atyn, aku jadi pergi esok :) " satu mesej masuk terus aku baca daan ...

"hah ? macam mana ni?" getus hatiku sendirian.

           Aku memang ada ajak beberapa orang group sj untuk pergi sama-sama nanti . Dyan , Piqa , Zeha , Fiza dan Marsha . Tapi semuanya seperti memberi respon negatif . Masing-masing ada hal . Dyan keluar dengan sepupu . Piqa akan pergi dengan member dia . So, plan nak jumpa dekat sana . Fiza pula pergi keluar dengan cikgu dia . Zeha pergi keduri . 

          Dan sebab itulah mesej yang Marsha hantar ni buatkan aku sangat khuatir . Takkan lah Marsha nak pergi seorang ? Sementara aku harus melayan sahabat dari Pahang . Huh ! rumitnyaa . Bimbang sahaja Marsha rasa terpinggir . Tapi , aku sangat rindukannya dan tidak mungkin aku tak mahu jumpa dengan Marsha ! 

          "Aku rasa better tak payah bagitahu Sha tentang full plan untuk esok," fikirku menangkan hati .

            Malam sudah larut dan aku masih menunggu kata putus daripada mereka yang berada di pahang . Menunggu kedua ibu bapa mereka memberikan kebenaran . Lumrah anak gadis, sememangnya susah untuk keluar rumah . 

             "Naia, Nasha tak jadi pergi . Ada hal katanya," beritahu Athirah.

             "Naia, ayah aku tak kasi lah . Penat dah aku pujuk sampai nangis-nangis . Sorry yee," kata Ami serba salah .

             "Aku tak berani lah nak minta izin mak aku yang garang tuu," adu Rohaya pula.

             Begitu juga dengan Izlin yang membatalkannya di saat-saat akhir .

            Dan aku ? mata mengantuk , kepala pun pening . Terasa sia-sia usaha meng'google' map untuk pergi ke sana . Ramai pula yang tak jadi . Perasaan berkecamuk . Sedih dan malas . 

            Apa-apa pun . Semangat Athirah yang membara untuk ke sini membuatkan aku juga turut bersemangat . Tidak mengapalah jika tidak ramai sekali pun . Aku tetap akan jadi 'tour guide' untuk mereka . Masa untuk tidur sekarang dan menantikan hari esok...

                                                                        ********

               

No comments: