:: NEuroNS THougHT::: Auch ! mungkin ini satu teguran dariNya

Tuesday 11 June 2013

Auch ! mungkin ini satu teguran dariNya

pagi itu . pagi yang suram .

alarm yang berbunyi berkali kali membingitkan telinga . arggh ! lantas punat 'off' ditekan .

namun aku tahu, aku harus bangun . bangkit .
untuk meneruskan kehidupan . menjalani hari hari ku seperti biasa .

terus aku bersiap siap . melangkah ke kampus . tempat aku menimba ilmu . ilmu Allah yang sangat luas .

pelik terasa . seperti ada yang tidak kena . yaa , aku terlupa ! Astaghfirullah . buku yang hari hari perlu dibawa . ada di dalam bilik . ingin sahaja aku berlari untuk mengambilnya semula .

"tak sempat punya , kelas dah nak start ni . nanti kau tak sempat pula nak ambil kuiz,"tingkah rakan sebelah yang menyedari kelakuan aku . buntu .

aku masih gelisah . tidak sedap hati . mujur ada breaktime . walau hanya 5 minit cuma . aku nekad . untuk berlari pulang ke bilik .

usai lecturer membuka pintu . berbekalkan semangat , aku berlari semampunya . sehingga makcik cleaner pun pandang pelik . err .

ADUHH !
guess what ? ye, aku terpelosok jatuh di anak tangga . mujur sempat berpaut pada pemegangnya .

unfortunately . kaki yang menampung badan dari jatuh menyembah lantai terseliuh . dan aku terduduk keseorangan . tanpa bantuan . tiada daya .

lama terduduk , termenung dan berfikir , lantas bermonolog .

"masa yang aku ambil untuk duduk di sini lebih lama dari masa kalau aku ambil buku tu ,"

aku gagahkan jua kaki untuk bangun . untuk melangkah . walau hanya setapak . demi setapak .

dan makcik cleaner sekali lagi memandang dengan ekspresi muka yang sangat hairan . aku hanya mampu tersenyum .

membuka pintu kelas, dengan terhenjut henjut . terasa diri ditenung . seriously, aku tidak mampu untuk fokus . tidak mampu untuk tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas .

sakit yang amat menusuk . ingin sahaja aku menjerit kesakitan . dan meraung sepuasnya .

dan aku , tidak mampu berjalan . kasihan pada rakan sekelas yang terpaksa mengendong . terasa diri ini menyusahkan dan menjadi beban mereka . terima kasih kawan . aku sangat menghargainya .

diri ini dipaksa . untuk tidak terlalu memanjakan diri . digagahkan jua kaki ini untuk melangkah sendiri . walau lambat . walau terhenjut henjut . mencari apa yang boleh dipaut agar tidak jatuh lagi buat kali yang kedua .

natijahnya , kaki ini semakin membengkak . malam itu setelah solat maghrib . aku menelefon ummi, memberitahu apa yang terjadi .

mencari kekuatan , mencari dorongan . meminta nasihat .

akhirnya , aku terlelap dalam tangisan .

mungkin berkat doa seorang ibu , kaki aku semakin pulih . dengan hanya menyapu minyak panas sambil berselawat . memohon pertolongan dariNya .

Terima kasih Ya Allah .


18 comments:

Ney'zara Mazna said...

Wah... Dah macam citer cerpen laa CekNad... :)

atynadya said...

@Ney'zara Maznahehhee . mana adalah . biasa saja . saja nak cari kelainan . huhu^^ btw, thanks yeee

Fais-SKA said...

hak r..mcm crpen he3..smoga cpat smbuh..cuba urut slow2 smbil letak myak pnas..in.shaa.Allah pulih la 2 nnti :)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

btul tue,,gaya penulisan mcm dlm cerpen,,apa2 pown semoga cepat sembuh

AZ Collection said...

Salam..

Jom singgah AZ Collection.. Mcm2 pilihan PEPLUM ade kat sini..
Dapatkan dengan harga yang SANGAT MURAH!! Nak tempah FELT KRAF pn blh.. Apa lagi? Jom la singgah sini https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002..

Jom LIKE.. <3

atynadya said...

@S.K.Aahaha . actually memang dah pulih . alhamdulillah. thanks for ur concern :)

atynadya said...

@heirizalieyanacerpen ke ? main2 je ni .terima kasih yana :)

Syamimi Saad said...

masa mula2 akk baca dah berkerut dahi..cerpen ke, cerita nad ni..hehe..
pndai dia mengarang ye..

insyaAllah..kita cuba berdiri atas kaki sendiri ye.. :)

atynadya said...

@Mimie Najibahaha . lawakla kak mimi ni, siap berkerut dahi . bahaya tuu, nnt cepat tua . heheh :p

Unknown said...

alaalala. lain kali hati2 turun tangga,. huihui

atynadya said...

@Qaisyara Raihana hurmm, trimas raihana , memang kita selalu careless :( mungkin terlalu banyak berangan kot . heheh :p

Unknown said...

Maksudnya, dimana2 pun kita berada mestilah sentiasa berhati2 :)

atynadya said...

@Cikgu Kacamata baiklah CK . akan menurut perintah . hehehe :)

Cik Nor said...

moga cepat sembuh...:)

Mormor said...

sy pun dlu terpeleot kat track , seminggu gk kaki bengkak . nasib baik ad kwn yg tolong papah ge bilik kuliah , tpy seriusly bilik kuliah sgt tinggi kt tingkat 4 :/

atynadya said...

@Normi Nieza terima kasih cik nor . alahamdulillah , dah 99% sembuh :p

atynadya said...

@Mardeeya tingkat 4 ? tingginya , kita pun lebih kurang , bilik kuliah dengan ostel dua2 tingkat tiga .time tu ,Allah je tahu peritnya turun naik tangga kan . sobsss T__T

Unknown said...

mmg sakit jatuh tangga..terseliuh ka? huhu..harap sekarang dah sembuh ya. ^^